UPM Institutional Repository

Pola Komunikasi dalam IRC: Kajian di Alamak Internet Web Free Chat Saluran Malaysia/Kampung_Aman


Citation

Wan Abas, Wan Anita (2002) Pola Komunikasi dalam IRC: Kajian di Alamak Internet Web Free Chat Saluran Malaysia/Kampung_Aman. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Komunikasi berantarakan komputer merupakan di antara cara baru manusia berinteraksi pada masa kini. Ia dilihat sebagai mempunyai potensi yang tinggi dalam memudahkan perhubungan di antara manusia tanpa mengira sempadan fizikal, budaya, ruang dan masa. Berdasarkan kepada potensi ini, kajian ini telah meneroka kandungan komunikasi yang telah dibentuk melalui Internet Relay Chat (IRC) sebagai salah satu medium baru dalam perhubungan komunikasi berkomputer. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang berasaskan Etnografi Komunikasi bagi mengenalpasti cara gaya para pengguna berkomunikasi di ruang maya ini melalui kandungan pola komunikasi yang telah dibentuk. Dengan itu, data kajian ini didapati melalui rakaman perbualan IRC daripada Alamak web chat saluran MalaysiaIKampung_Aman selama 30 minit yang mengandungi 579 ujaran hasil interaksi daripada 120 orang peserta. Analisis interaksi dalam komunikasi IRC ini adalah berasaskan kepada grid model SPEAKING dan teori Definisi Isyarat Peirce. Hasil kajian menunjukkan dalam perbualan IRC para peserta membincangkan pelbagai topik dan isu yang kebanyakannya berkait dengan perhubungan peribadi dan bersifat keindividuan; kebanyakan unsur-unsur komunikasi bukan lisan dimanifestasikan melalui manipulasi perkataan seperti menggunakan huruf besar, penyingkatan kata, pernyataan tingkah laku, dan ciri ciri kebahasaan yang digunakan dalam komunikasi lisan; dan ciri-ciri komunikasi yang wujud adalah berkait rapat dengan sifat asas IRC sebagai medium elektronik. Kesimpulannya, kajian ini telah memperlihatkan kandungan komunikasi IRC yang agak unik dan berbeza dengan komunikasi bersemuka. Kandungan komunikasi yang terhasil dan diterimaguna dalam perbualan telah membentuk satu set nilai dan amalan di kalangan peserta sebagai sebuah komuniti maya dalam usaha melancarkan interaksi dan mencapai komunikasi yang berkesan.


Download File

[img] Text
FBMK_2002_2.pdf

Download (849kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Internet relay chat
Subject: Computer-aided communication
Call Number: FBMK 2002 2
Chairman Supervisor: Professor Madya Hj. Musa Abu Hassan, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Kamila Ramli
Date Deposited: 10 Mar 2011 02:57
Last Modified: 18 Mar 2024 01:13
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10145
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item