Simple Search:

Sumber dan Pengaliran Maklumat Latihan dikalangan Jurulatih Pertanian di Provinsi Jawa Barat Indonesia


Citation

Hasan, Azhar Masry Mecy (2002) Sumber dan Pengaliran Maklumat Latihan dikalangan Jurulatih Pertanian di Provinsi Jawa Barat Indonesia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji sumber dan pengaliran maklumat dalam sistem komunikasi organisasi kepada jurulatih di Balai-Balai Pendidikan dan Latihan (Diklat) Pertanian Provinsi Jawa Barat Indonesia. Kajian telah mengkaji aliran komunikasi dalam organisasi, kekerapan dalam menerima maklumat dan mengenalpasti media yang paling kerap dipergunakan dalam menerima maklumat. Kajian ini juga telah mengkaji perkaitan antra demografik terpilih (umur, lama berkhidmat dan pangkat) dengan jumlah maklumat dari pelbagai sumber. Dapatan kajian menunjukkan bahawa maklumat yang paling banyak diterima jurulatih adalah maklumat yang bersumber daripada pihak atasan dan kawan sepejabat. Saluran yang paling kerap digunakan ialah melalui komunikasi bersemuka. Walau bagaimanapun aliran maklumat kepada jurulatih kerap terhalang oleh birokrasi dan struktur organisasi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perkaitan antara ciri demografik terpilih (umur, lama berkhidmat dan pangkat) dengan jumlah maklumat dari pelbagai sumber, kecuali maklumat yang bersumber daripada BPSDMP didapati perkaitan positif, dan maklumat yang bersumber daripada Lembaga Swadaya Masyarakat (LSM) atau Non Government Organization (NGO) didapati perkaitan negatif. Sistem komunikasi dalam organisasi BPSDMP banyak dipengaruhi oleh sistem kerajaan yang bersifat otoriter (authoritarian), maka sistem komunikasinya menjadi komunikasi sehala.


Download File

[img] PDF
FBMK_2002_1_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Natural resources - Study and teaching - Indonesia
Subject: Teachers, Training of - Jawa Barat - Indonesia
Call Number: FBMK 2002 1
Chairman Supervisor: Professor Madya Md. Salleh bin Hj. Hassan, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Kamila Ramli
Date Deposited: 10 Mar 2011 02:53
Last Modified: 12 Sep 2011 08:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10143
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item