Citation
Hasan, Azhar Masry Mecy
(2002)
Sumber dan pengaliran maklumat latihan di kalangan Jurulatih Pertanian di Provinsi Jawa Barat Indonesia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji sumber dan pengaliran maklumat dalam sistem komunikasi organisasi kepada jurulatih di Balai-Balai Pendidikan dan Latihan
(Diklat) Pertanian Provinsi Jawa Barat Indonesia. Kajian telah mengkaji aliran komunikasi dalam organisasi, kekerapan dalam menerima maklumat dan mengenalpasti media yang paling kerap dipergunakan dalam menerima maklumat. Kajian ini juga telah mengkaji perkaitan antra demografik terpilih (umur, lama berkhidmat dan pangkat) dengan jumlah maklumat dari pelbagai sumber. Dapatan kajian menunjukkan bahawa maklumat yang paling banyak diterima jurulatih adalah maklumat yang bersumber daripada pihak atasan dan kawan sepejabat. Saluran yang paling kerap digunakan ialah melalui komunikasi bersemuka. Walau bagaimanapun aliran maklumat kepada jurulatih kerap terhalang oleh birokrasi
dan struktur organisasi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perkaitan antara ciri demografik terpilih (umur, lama berkhidmat dan pangkat) dengan jumlah maklumat dari pelbagai sumber, kecuali maklumat yang bersumber daripada BPSDMP didapati perkaitan positif, dan maklumat yang bersumber daripada Lembaga Swadaya Masyarakat (LSM) atau Non Government Organization (NGO) didapati perkaitan negatif. Sistem komunikasi dalam organisasi BPSDMP banyak dipengaruhi oleh sistem kerajaan yang bersifat otoriter (authoritarian), maka sistem komunikasinya menjadi komunikasi sehala.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |