UPM Institutional Repository

Belas kasihan kendiri: satu kajian kualitatif pengalaman guru di Sarawak


Citation

Chan, Siaw Leng and Adam Assim, Mohamad Ibrani Shahrimin and Lim, Fong Peng (2022) Belas kasihan kendiri: satu kajian kualitatif pengalaman guru di Sarawak. Asian Pendidikan, 2 (1). 18 - 25. ISSN 2735-2331; ESSN: 2805-4350

Abstract

Apabila emosi negatif dibiarkan dan tidak diselesaikan, ia sentiasa dilihat sebagai penyumbang utama kepada perasaan tertekan dan sindrom burnout yang dialami oleh guru. Konstruk belas kasihan kendiri dikatakan mampu mengenalpasti kedua-dua emosi negatif dan positif dalam diri individu. Belas kasihan kendiri juga digambarkan mampu meningkatkan kesejahteraan psikologikal guru. Walau bagaimanapun, konstruk belas kasihan ini baru mula diberi perhatian di Malaysia dan kurang dikaji secara kualitatif. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka dan memahami pengalaman secara subjektif guru, dengan mengambil pandangan yang mendalam tentang intipati faktor penyumbang belas kasihan kendiri. Reka bentuk kajian kualitatif konsensual (CQR) telah diaplikasikan dengan menggunakan temu bual mendalam dan berstruktur separa untuk mengumpul data. Tujuh orang guru telah ditemubual dan setiap temu bual mengambil masa selama 60 minit. Data kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah pengekodan terbuka (open coding) untuk mengenalpasti tema-tema yang timbul menerusi data mentah yang diperolehi daripada responden. Hasil kajian menunjukkan lima tema faktor penyumbang belas kasihan kendiri iaitu: (a) mendapatkan bantuan, (b) belajar daripada pengalaman orang lain, (c) mengenalpasti kebolehan kendiri, (d) perasaan syukur dan maaf, dan (e) mengenalpasti tekanan kendiri. Implikasi yang melibatkan kesihatan mental dan emosi guru, pengamal psikoterapi, dan pembuat polisi turut dibincangkan.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Science
Faculty of Humanities, Management and Science
DOI Number: https://doi.org/10.53797/aspen.v2i1.3.2022
Publisher: Persatuan Penyelidik Latihan Kemahiran dan Vokasional
Keywords: Qualitative study; Sarawak; Self-compassion; Subjective experience; Teacher
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 21 Nov 2023 08:33
Last Modified: 21 Nov 2023 08:33
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.53797/aspen.v2i1.3.2022
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/100519
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item