UPM Institutional Repository

Penilaian Program Kitar Semula Sisa Pepejal di Sekolah Menengah dalam Tiga Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor


Citation

Yahaya, Ahamad Shabudin (2009) Penilaian Program Kitar Semula Sisa Pepejal di Sekolah Menengah dalam Tiga Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Matlamat utama Program Kitar Semula Sisa Pepejal di sekolah menengah yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Selangor adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan sikap pelajar terhadap program tersebut. Walau bagaimanapun sejak program ini diperkenalkan pada tahun 1998, tiada sebarang penilaian dilakukan terhadap keberkesanan program tesebut. Oleh itu objektif umum kajian ini adalah untuk menentukan tahap pelaksanaan Program Kitar Semula Sisa Pepejal di sekolah menengah dalam tiga kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di negeri Selangor menggunakan Model Penilaian CIPP Stufflebeam dengan memberi fokus kepada dua komponen dalam model penilaian; pertama, dimensi proses (proses penyebaran maklumat, kemudahan peralatan program, sokongan pentadbir sekolah, sistem pemantauan, sistem pengiktirafan dan masalah semasa proses pelaksanaan program) dan kedua, dimensi produk (pengetahuan dan sikap pelajar terhadap Program Kitar Semula Sisa Pepejal di sekolah). Objektif khusus kajian ini adalah untuk menentukan tahap pelaksanaan Program Kitar Semula Sisa Pepejal dari dimensi proses; menentukan tahap pencapaian matlamat Program Kitar Semula Sisa Pepejal dari dimensi produk; menentukan hubungan antara pemboleh ubah (faktor-faktor) dalam dimensi proses dengan dimensi produk serta untuk mengenal pasti faktor dalam dimensi proses yang menjelaskan variasi dimensi produk dalam kalangan pelajar sekolah.


Download File

[img]
Preview
PDF
FPAS_2009_9_A.pdf

Download (496kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (PhD)
Subject: Recycling (Waste, etc.) - Selangor
Subject: Waste products - Selangor
Subject: Refuse and refuse disposal - Selangor
Call Number: FPAS 2009 9
Chairman Supervisor: Associate Professor Azizi Hj. Muda, PhD
Divisions: Faculty of Environmental Studies
Depositing User: Mohd Nezeri Mohamad
Date Deposited: 10 Mar 2011 02:02
Last Modified: 27 May 2013 07:44
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/10047
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item