UPM Institutional Repository

Hubungan faktor terpilih dengan tekad keusahawanan pelajar di Kolej Vokasional Zon Tengah, Semenanjung Malaysia


Citation

Masri, Normasitah and Abdullah, Arnida and Asimiran, Soaib (2022) Hubungan faktor terpilih dengan tekad keusahawanan pelajar di Kolej Vokasional Zon Tengah, Semenanjung Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 7 (5). art. no. 1508. pp. 1-13. ISSN 2504-8562

Abstract

Kolej vokasional (KV) memberi peluang kepada pelajar kategori lemah dan sederhana pencapaian akademik melanjutkan pelajaran dalam pelbagai aliran kemahiran mengikut bakat dan minat masing-masing. Kementerian menetapkan sasaran sebanyak 10 peratus daripada mereka menceburi bidang keusahawanan. Walau bagaimanapun, peratusan graduan yang bekerja sendiri di KV adalah rendah berbanding graduan politeknik dan kolej komuniti iaitu 7.7 peratus pada tahun 2018. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara norma sosial, sikap dan efikasi kendiri keusahawanan dengan tekad keusahawanan di 16 buah KV meliputi Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Seramai 244 orang pelajar tahun 1 Diploma Vokasional Malaysia telah dipilih sebagai responden kajian menggunakan teknik pensampelan rawak berkelompok mengikut negeri. Hasil kajian mendapati efikasi kendiri dan tekad keusahawanan pelajar KV berada pada tahap sederhana, manakala norma sosial dan sikap keusahawanan berada pada tahap tertinggi. Analisis kolerasi pula menunjukkan hubungan positif yang kuat serta signifikan antara sikap dan efikasi kendiri keusahawanan dengan tekad keusahawanan. Walau bagaimanapun, norma sosial dan tekad keusahawanan menunjukkan hubungan positif yang signifikan dengan kekuatan korelasi yang sederhana. Ini menunjukkan sikap dan efikasi kendiri keusahawanan adalah penting dalam pembentukan tekad keusahawanan dalam kalangan pelajar-pelajar KV. Namun begitu, dorongan dan sokongan masih juga diperlukan apabila mereka terlibat dalam aktiviti keusahawanan. Pengalaman yang diperolehi akan menguatkan kepercayaan terhadap diri sendiri dan seterusnya lebih meningkatkan tekad keusahawanan mereka untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Educational Studies
DOI Number: https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i5.1508
Publisher: Secholian Publication
Keywords: Entrepreneurial intention; Theory of planned behaviour; Technical Education and Vocational Training (TEVT); Quantitative study
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 15 Jul 2024 04:37
Last Modified: 15 Jul 2024 04:37
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.47405/mjssh.v7i5.1508
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/100196
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item