UPM Institutional Repository

Isu dan Pemikiran dalam Drama Melayu Berunsur Sejarah


Citation

Abd. Ghani, Mohamad (2000) Isu dan Pemikiran dalam Drama Melayu Berunsur Sejarah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Drama sejarah adalah satu daripada cabang drama sandiwara Melayu yang popular pada zaman selepas Perang Dunia Kedua. Oleh itu, satu kajian tentang drama sejarah perlu dijalankan memandangkan peranan penting yang dimainkannya dalam perkembangan kesusasteraan Melayu. Kajian ini akan membicarakan pelbagai isu dan pemikiran yang menjadi unsur terpenting dalam pembinaan sesebuah drama. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengesan dan menggalur latar dan perkembangan drama sejarah pada dekad 1950-an dan dekad 1960-an, serta mengkaji dan menganalisis pemikiran pengarang dalam drama sejarah pada dekad tersebut. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan mengenalpasti unsur-unsur moral dalam isu dan pemikiran yang tersurat dan tersirat dalam drama sejarah tersebut. Kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan data ialah kaedah penyelidikan kepustakaan dan data sekunder. Pendekatan yang digunakan ialah Strukturalisme Genetik bersama-sama pendekatan lain seperti pendekatan resepsi. Data-data dianalisis melalui kaedah analisis deskriptif bersama-sama kaedah interpretasi perbandingan, kaedah pengumpulan dokumen serta kaedah analisis konsep. Keputusan kajian menunjukkan bahawa dalam beberapa fenomena isu sosial yang dikemukakan, terdapat pelbagai pemikiran yang disampaikan oleh pengarang secara tersurat dan tersirat. Jelas menunjukkan bahawa drama sejarah bukan sahaja menjadi media hiburan semata-mata tetapi mengandungi unsur-unsur moral yang memberi ingatan dan pengajaran kepada masyarakat. Penemuan lain menunjukkan perubahan zaman turut mempengaruhi politik, pendidikan dan sosial negara, lantas mempengaruhi pemikiran pengarang. Oleh itu, tanggapan atau pemikiran pengarang terhadap sesuatu isu turut berubah.


Download File

[img] Text
FBMK_2000_8_IR.pdf

Download (644kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay drama - History and criticism
Call Number: FBMK 2000 8
Chairman Supervisor: Haji Taha bin Abd. Kadir
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Kamila Ramli
Date Deposited: 25 Feb 2011 05:17
Last Modified: 04 Dec 2023 04:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9923
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item