UPM Institutional Repository

Penggunaan Bahasa dalam Pertuturan Kanak-Kanak Melayu: Satu Analisis Pragmatik


Citation

Zainon Hamzah, Zaitul Azma (2000) Penggunaan Bahasa dalam Pertuturan Kanak-Kanak Melayu: Satu Analisis Pragmatik. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penggunaan bahasa dalam pertuturan kanak-kanak MeJayu. Sampel kajian adalah terdiri daripada 25 orang kanak-kanak tabika yang dipilih secara rawak daripada 4 buah tabika Kemas. Tabika Kemas yang dipilih ialah Tabika Kenari, Tabika Ibnu Sina, Tabika Wawasan, dan Tabika Harapan Murni. Dalam tesis ini, teori Relevans dengan gagasan konteks, kesan konteks, dan kos proses digunakan untuk menganalisis makna ujaran kanak-kanak Melayu. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya kekaburan dalam penggunaan kata ganti nama diri (KGND) 'dia' dan 'kita' dalam pertuturan kanak-kanak Melayu. KGND 'dia' digunakan sebanyak 70.4% (95 daripada 135 ujaran) untuk merujuk orang ketiga [+manusia]. Manakala dalam konteks 'relevan', KGND 'dia' digunakan untuk merujuk benda bukan manusia [-manusia]. Hal ini terbukti dalam 40 daripada 135 ujaran (29.6%). Selain daripada itu, dapatan kajian juga menunjukkan terdapatnya kekaburan dalam penggunaan KGND 'kita'. 'Kita' didapati lebih banyak digunakan sebagai KGND pertama mufrad, iaitu sebanyak 76.4% (110 daripada 144 ujaran). Dalam konteks yang sama, 'kita' juga digunakan sebagai KGND pertama jamak, iaitu sebanyak 34 daripada 144 ujaran (23.6%). Namun, kekaburan yang wujud dalam penggunaan KGND 'dia' dan 'kita' ini dapat diselesaikan dengan menggunakan Rangka Rujuk Silang (RRS) yang terkandung dalam teori Relevans. Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan kanak-kanak Melayu dapat membina konsep yang mereka amati daripada konteks, kemudian dilahirkan melalui kata bandingan semacam. Penggunaan kata bandingan semacam yang terdapat dalam pertuturan kanak-kanak Melayu rnenyerlahkan tahap kematangan, kognisi, input pengalaman, alam persekitaran, dan sosiobudaya penuturya. Hasil kajian juga menunjukkan konteks berfungsi menetapkan makna bagi perkataan yang kanak-kanak gunakan dalam pertuturan mereka. Pendekatan pragmatik dianggap wajar digunakan untuk menginterpretasi kekaburan makna ujaran kanak-kanak Melayu. Sekali gus hal ini membuktikan bahawa teori Relevans ialah satu teori yang berwibawa dalam memberikan satu interpretasi makna yang relevan kerana teori ini menekankan kepentingan konteks dan kognisi.


Download File

[img] Text
FBMK_2000_7_IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language
Call Number: FBMK 2000 7
Chairman Supervisor: Associate Professor Noor Aina Dani, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Nur Kamila Ramli
Date Deposited: 24 Feb 2011 10:35
Last Modified: 04 Dec 2023 03:59
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9919
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item