Sistem Penilaian Prestasi Dari Aspek Faktor Kejayaan Kritikal (FKK)

Mohamed, Nordin (2001) Sistem Penilaian Prestasi Dari Aspek Faktor Kejayaan Kritikal (FKK). Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
720Kb

Abstract

Kajian ini adalah untuk menentukan Faktor Kejayaan Kritikal (FKK) dalam melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi (SPP) berkomputer di Jabatan Polis Diraja Malaysia. FKK ini adalah merupakan satu metod analisis situasi yang dilakukan dengan memungut dan menganalisis maklumat mengenai sesuatu bisnes atau projek bagi menentukan kedudukannya samada berada pada landasan yang betul dan memuaskan demi mencapai kejayaan. Model untuk kajian ini adalah merupakan satu penSlan aplikasi SPP yang digunapakai dan diuji oleh 34 orang pegawai di Ibu Pejabat Polis Bukit Arnan secara dalam talian menerusi terminal komputer di pej abat masing-masing. Data-data kajian diperolehi daripada pegawai-pegawai ini dengan menggunakan borang soal-selidik. Data tersebut telah dianalisis dengan menggunakan kaedah Skala Likert. Beberapa kategori FKK telah diperolehi daripada kajian ini seperti FKK yang dikemukakan oleh responden, FKK aplikasi yang hendak dilaksanakan, FKK dari aspek sikap dan penerimaan pengguna terhadap aplikasi SPP berkomputer dan FKK dari aspek rangkaian komputer semasa dalam PDRM. Kesimpulannya, kajian ini berjaya membuktikan bahawa aplikasi yang berinovasi seperti SPP berkomputer akan diterima dengan mudah oleh pegawai-pegawai PDRM apabila dilaksanakan. Didapati juga bahawa pengalaman lampau pegawai yang mengisi borang penilaian prestasi POL. 1 60 secara konvensional akan dapat menyenangkan proses pelaksanaan SPP nanti. Kajian ini juga menekankan bahawa sistem rangkaian komputer yang selamat adalah perlu untuk menjaga kerahsiaan maklumat SPP yang disimpan di dalam pangkalan data sistem komputer tersebut.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Officials and employees - Rating of - Malaysia.
Chairman Supervisor:Associate Professor Hj. Mohd Hasan Selamat
Call Number:FSKTM 2001 9
Faculty or Institute:Faculty of Computer Science and Information Technology
ID Code:9663
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:21 Feb 2011 07:29
Last Modified:26 Jun 2012 06:36

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 21 Feb 2011 07:29.

View statistics for "Sistem Penilaian Prestasi Dari Aspek Faktor Kejayaan Kritikal (FKK)"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.