Sistem Penjadualan Waktu Kuliah Fakulti Di Universiti Menggunakan Teknik Algoritma Genetik

Ayob, Fahrul Hakim (2000) Sistem Penjadualan Waktu Kuliah Fakulti Di Universiti Menggunakan Teknik Algoritma Genetik. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
3726Kb

Abstract

Penjadualan waktu kuliah ialah satu permasalahan penetapan masa dan tempat bagi sebilangan pengajaran kuliah. Penjadualan waktu ini hendaklah mematuhi beberapa kekangan yang telah disyaratkan seperti muatan dan lokasi bilik kuliah yang disediakan, waktu rehat dan lain-lain pertimbangan kepeduan pensyarah, serta perkaitan antara kursus-kursus yang terlibat bagi menghasilkan jadual waktu yang feasible. Pada mulanya penjadualan kuliah dilakukan secara manual walaupun cara tersebut sangat rumit, memeritkan dan memakan masa. Oleh sebab bilangan pensyarah, pelajar, bilik kelas dan subjek sering bertambah dati semasa ke semasa, maka masalab penjadualan menjadi semakin sukar untuk dilaksanakan. Justeru itu, Algoritma Genetik (AG) sebagai salah satu pendekatan heuristik dalam bidang Kecerdasan Buatan yang terkenal dengan kebolehan untuk melakukan proses pengoptimuman sesuatu penyelesaian masalah yang kompleks telah dipilih untuk meringankan beban tugas penjadualan waktu ini. Hasilnya, satu sistem penjadualan waktu kuliah fakulti di universiti telah berjaya dibangunkan. Dalam menghasilkan sistem jadual waktu kuliah yang bersifat umum dan tidak khusus bagi sesebuah institusi pengajian tinggi sahaja, bentuk struktur kromosom yang digunakan sebagai perwakilan penyelesaian masalah telah diubah. Bagi penjadualan waktu yang feasible pula, beberapa fungsi telah ditambah, seperti fungsi baik pulih genetik dan penapis di samping mengekalkan beberapa fungsi yang telah sedia ada. Beberapa jenis pengujian telah dijalankan untuk menguji prestasi sistem yang telah dibangunkan. Keputusan ujian yang diperoleh telah dibanding dan dikaji. Daripada keputusan ujian tersebut, lebih daripada 70% individu mencapai tahap penyelesaian optimum adalah di bawah generasi yang ke-30. Keputusan itu bermakna bahawa sistem jadual waktu kuliah yang dibangunkan ini telah berjaya menunjukkan keberkesanan proses pengoptimuman dengan menggunakan teknik AG pada awal larian sistem.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Universities and colleges - Computational complexity
Subject:Algorithms
Chairman Supervisor:Md. Nasir bin Sulaiman, PhD
Call Number:FSKTM 2000 4
Faculty or Institute:Faculty of Computer Science and Information Technology
ID Code:9648
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:18 Feb 2011 07:06
Last Modified:18 Feb 2011 07:09

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 18 Feb 2011 07:06.

View statistics for "Sistem Penjadualan Waktu Kuliah Fakulti Di Universiti Menggunakan Teknik Algoritma Genetik "


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.