Pelajar Antarabangsa UPM Pulihara Alam Melalui Penanaman 50 Pokok Hutan

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) Pelajar Antarabangsa UPM Pulihara Alam Melalui Penanaman 50 Pokok Hutan.

[img] PDF
167Kb

Abstract

SERDANG, 29 JAN – Seramai 60 orang pelajar antarabangsa Universiti Putra Malaysia (UPM) menanam 50 pokok hutan di kampus sebagai memupuk semangat cintakan alam sekitar. Program di Kompleks Perumahan Universiti itu dihadiri pelajar dari negara Iran, Yemen, Iraq, Nigeria dan Myanmar. Antara pokok yang ditanam di Kompleks Perumahan Universiti, UPM ialah pokok meranti, resak, kapur dan pokok buah seperti jambu dan nangka. Pengarah Pusat Antarabangsa UPM, Prof. Madya Dr. Zelina Zaiton Ibrahim berkata program seperti ini menggalakkan pelajar antarabangsa untuk menghargai kehijauan alam di negara tempat mereka belajar. “Ia juga merupakan antara inisiatif kami mempromosi kelestarian melalui usaha pemeliharaan alam sekitar dan teknologi hijau selaras dengan kecemerlangan universiti yang mendapat tangga keenam penarafan GreenMetric World University Ranking 2010. “Sumbangan pokok ini diambil dari ladang Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong, Taman Pertanian Universiti dan Fakulti Perhutanan UPM,” kata beliau. Pelajar Master of Manufacturing Systems Engineering UPM, Behnam Nikkhah 25 dari Iran berkata program itu merupakan satu permulaan kepada beliau dalam aktiviti pemuliharaan alam. “Saya akan bergiat aktif menyertai program seperti ini di negara saya pada masa akan datang,” katanya. Manakala pelajar PhD Kejuruteraan UPM dari Nigeria, Mohammed Shuaibu Abubakar 28 berkata sebagai ahli jawatankuasa International Students Association (UPMISA), program itu meningkatkan kesedarannya tentang kepentingan menghargai alam semula jadi. “Di Nigeria, banyak kawasan tandus yang sukar untuk ditanam pokok. Kerajaan kami menetapkan sekiranya satu pokok di tebang, ia perlu diganti dengan dua anak pokok yang lain. Saya berharap pengalaman yang diperolehi ini berguna untuk dipraktikkan di negara saya kelak,” katanya.

Item Type:UPM News
ID Code:9498
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:10 Feb 2011 07:59
Last Modified:27 May 2013 07:42

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 10 Feb 2011 07:59.

View statistics for "Pelajar Antarabangsa UPM Pulihara Alam Melalui Penanaman 50 Pokok Hutan"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.