Keyword Search:

Pencirian Ultrasonik Bag) Batang Kelapa Sawit (Elaeis Guineensis Jacq.)

Shaharuddin, Rosmawati (2002) Pencirian Ultrasonik Bag) Batang Kelapa Sawit (Elaeis Guineensis Jacq.). Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1520Kb

Abstract

Ciri-ciri ultrasonik terhadap batang pokok kelapa sawit telah dikaji dengan menggunakan pelbagai parameter fizikal seperti kandungan kelengasan, ketumpatan dan arah butiran. Tiga arah anisotropik, iaitu arah membujur (L), jejarian (R) dan tangen (T) terhadap susunan serabut dan berkas vaskular telah dipertimbangkan untuk pengukuran ciri-ciri tersebut. Sifat-sifat ini telah ditentukan dengan menggunakan penguji komersial ultrasonik pada 45 kHz. Halaju ultrasonik dan pemalar kekenyalan berbeza mengikut susunan membujur > tangen > jejarian (L>T>R). Sebarang lencongan daripada paksi membujur mengurangkan halaju ultrasonik dan pemalar kekenyalan pada semua kandungan kelengasan. Corak pengurangan halaju dan pemalar kekenyalan pada arah L, R dan T adalah berbeza berbanding pada arah LR, LT dan RT. Kaedah ultrasonik berupaya mengesan pereputan pada pokok kelapa sawit hidup ia berdasarkan kepada surihan gelombang ultrasonik dan transduser penghantar kepada transduser penenma di sekeliling batang pokok Sistem kemudian diuji melalui perbandingan tomogram dengan memotong keratan rentas batang pokok pada satah yang sama selepas pengukuran pereputan mengurangkan halaju ultrasonik dan meninggikan masa transit sehingga tidak boleh dikesan oleh isyarat alat ultrasonik BPV Kaedah ini juga berupaya mengesan kecacatan pada kayu kelapa sawit halaju ultrasonik, pemalar kekenyalan, ketumpatan dan kandungan kelengasan kayu sawit reput sentiasa lebih rendah berbanding kayu sawit sihat Anatomi asas seperti taburan berkas vaskular dan susunan serabut pada kawasan zon periferal dan zon tengah sangat mempengaruhi ciri-ciri ultrasonik seperti halaju dan pemalar kekenyalan

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Ultrasonics in biology
Chairman Supervisor:Professor Madya Dr. Sidek Hj. Abd. Aziz, PhD
Call Number:FSAS 2002 33
Faculty or Institute:Faculty of Science and Environmental Studies
ID Code:9493
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:10 Feb 2011 05:58
Last Modified:01 Oct 2013 01:34

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 10 Feb 2011 05:58.

View statistics for "Pencirian Ultrasonik Bag) Batang Kelapa Sawit (Elaeis Guineensis Jacq.)"

 
 
 
 

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is powered by EPrints 3 which is developed by the School of Electronics and Computer Science at the University of Southampton. More information and software credits.
Universiti Putra Malaysia Institutional Repository supports OAI 2.0 with a base URL of http://psasir.upm.edu.my/cgi/oai2
Best viewed using IE version 7.0 (and above) Mozilla Firefox version 3 (and above) with the resolution of 1024 x 768.