UPM – UPE tingkat mutu sektor pertanian negara

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) UPM – UPE tingkat mutu sektor pertanian negara.

[img] PDF
92Kb

Abstract

SERDANG, 10 Jan – Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri menjalinkan kerjasama penyelidikan untuk membina model ramalan berasaskan data kajian (empirical forecasting model) untuk meningkatkan mutu sektor pertanian negara. Kerjasama itu akan melaksanakan simulasi dan mengenalpasti kesan perubahan polisi dan persekitaran antarabangsa dalam sektor pertanian Malaysia. Selain itu, pegawai-pegawai daripada kementerian dan agensi yang terlibat dapat dilatih mengenai proses pembinaan model ramalan itu untuk menghasilkan manual pertanian yang sempurna. “Perjanjian ini memberi faedah dalam pembangunan di agensi kerajaan dan UPM, serta menghasilkan output penyelidikan terutama penerbitan akademik. "Penyelidikan ini akan dilaksanakan oleh Institut Kajian Dasar Pertanian dan Makanan UPM yang bertanggungjawab menyelidik polisi pertanian makanan untuk menghasilkan penyelidikan ke arah pertanian lestari,” kata Naib Canselor UPM, Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi dalam majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) perkhidmatan perundingan antara kedua belah pihak. Kerjasama antara UPM dengan UPE dalam projek Agricultural Sector Modeling: Forecasting and Capacity building atau Malaysian Agricultural Policy Analysis (MAgPA) itu dilihat mampu membantu usaha meningkatkan model ekonomi pertanian komprehensif di Malaysia. UPE adalah institusi yang menggubal polisi untuk menetapkan hala tuju pembangunan negara.

Item Type:UPM News
ID Code:9301
Deposited By: Muizzudin Kaspol
Deposited On:19 Jan 2011 07:56
Last Modified:27 May 2013 07:41

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 19 Jan 2011 07:56.

View statistics for "UPM – UPE tingkat mutu sektor pertanian negara"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.