Sinnappan, Santhidran (2002) Faktor-Faktor Persekitaran yang Mempengaruhi Kreativiti di Kalangan Pekerja: Organisasi Terpilih di Taman Teknologi Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 4Mb |
Abstract
Objektif kajian ini adalah meninjau tahap faktor-faktor persekitaran tempat kerja yang mempengaruhi kreativiti pekerja di syarikat-syarikat yang mengeluarkan perisian dan perkakasan komputer di Taman Teknologi Malaysia (ITM). Model Persekitaran tempat kerja untuk kreativiti yang dibina oleh Amabile (1996) digunakan sebagai kerangka konseptual dalam kajian ini. Tujuh pembolehubah digunakan dalam kerangka konseptual ini. Enam pembolehubah bebas ialah galakan organisasi, galakan penyelia, sokongan rakan sekerja, sumber yang mencukupi, kerja yang mencabar dan kebebasan. Kreativiti pekerja adalah pembolehubah bersandar dalam kajian ini. Teknik kajian yang dijalankan Wah berbentuk kajian tinjalUla Populasi kajian meliputi sebanyak 13 buah organisasi yang mengeluarkan perisian dan perkakasan komputer di Taman Teknologi Malaysia. Pengumpulan data dibuat daripada ke semua populasi kajian. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan statistik deskriptif, korelasi dan regrasi Kajian ini mendapati persekitaran tempat berada dalam tahap sederhana kondusif untuk kreativiti. Dapatan kajian juga menunjukkan kreativiti pekerja berada dalam tahap sederhana. Tiga faktor iaitu kebebasan (r=0.54), galakan organisasi (r=0.49) dan sokongan rakan sekerja (r=0.46) mempunyai korelasi tertinggi ke atas kreativiti pekerja.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Employees - Creative ability - Malaysia |
| Subject: | Organizational behaviour - Malaysia |
| Chairman Supervisor: | Bahaman Abu Samah, PhD |
| Call Number: | FPP 2002 4 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9278 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 18 Jan 2011 15:50 |
| Last Modified: | 18 Jan 2011 15:56 |
Repository Staff Only: item control page