Abdul Aziz, Rozihan (2002) Budaya Organisasi dan Inovasi : Kajian Kes di Sebuah Organisasi Perisian Komputer Tempatan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 6Mb |
Abstract
Kajian kes di sebuah organisasi perisian komputer tempatan ini, bertujuan untuk memahami budaya organisasi terkini dan mengetahui bagaimana organisasi membantu dalam meningkatkan inovasi. Selain itu, kajian turut mendalami keperluan organisasi dalam mengeluarkan inovasi. Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini, telah menggunakan teknik pengumpulan data secara temubual semi struktur, pemerhatian dan analisis data sekunder. Data dari temubual telah ditranskrip dan dianalisis menggunakan Teknik Analisis Perbandingan Berterusan. Bagi mendapatkan tema, proses analisis data dilakukan berselang-seli dengan proses pengumpulan data sehingga mencapai tahap ketepuan. Tema yang berulang-ulang dalam data dijadikan kategori. Sepanjang proses pengumpulan dan analisis data, tema-tema tersebut dimodifikasi bagi membolehkan ia mewakili sepenuhnya apa yang didapati dari pengalaman ahli organisasi. Kajian menunjukkan budaya organisasi memainkan peranan penting dalam inovasi. Nilai yang didukung seperti ketiadaan formaliti dan fleksibiliti telah memudahkan aplikasi dan perkongsian pengetahuan. Oleh itu, Maltrex boleh dipandang sebagai sebuah organisasi pembelajaran. Nilai yang didukung boJch dilihat secara jelas pada persekitaran kerja yang turut menyurnbang kepada inovasi. Kajian juga mendapati pembelajaran merupakan aspek penting kepada anggota-anggota organisasi. Data menunjukkan terdapat tiga jenis pembelajaran yang digunakan untuk meningkat dan mengemaskinikan pengetahuan, iaitu pembelajaran formal, pembelajaran tidak formal dan pembelajaran informal.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Organization - Case studies |
| Subject: | Technological innovations - Case studies |
| Chairman Supervisor: | Dr. Khairuddin Idris, PhD |
| Call Number: | FPP 2002 3 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9277 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 18 Jan 2011 15:43 |
| Last Modified: | 18 Jan 2011 15:48 |
Repository Staff Only: item control page