UPM Institutional Repository

Kepelbagaian dan taburan spesies makrobentos di kawasan terumbu karang dan rumput laut di Pulau Babi Besar, Johor, Malaysia


Citation

Idris, Mohd Hanafi (2001) Kepelbagaian dan taburan spesies makrobentos di kawasan terumbu karang dan rumput laut di Pulau Babi Besar, Johor, Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian terhadap diversiti dan taburan makrobentos telah dijalankan di kawasan terumbu karang dan rumput laut di perairan Pulau Babi Besar, Johor, Malaysia. Lapan kawasan dipilih sebagai kawasan kajian yang terdiri daripada kawasan terumbu karang (kawasan kajian 1, 2, 3 dan 4) dan kawasan terumbu karang - rumput laut (kawasan kajian 5, 6, 7 dan 8). Sebanyak 34 spesies daripada 6 Filum direkodkan. Filum Echinodermata dan Molluska masing-masing merekodkan 11 spesies yang merupakan kumpulan dominan. Kawasan batu karang mencatatkan jumlah individu dan spesies makrobentos yang tinggi jika dibandingkan dengan kawasan rumput laut, kawasan karang mati dan kawasan berpasir. Densiti makrobentos tertinggi dicatatkan di kawasan pada jarak 20 m, 30 m dan 40 m daripada garisan pantai di semua kawasan kajian kecuali di kawasan kajian 5, 6, 7 dan 8 di mana densiti makrobentos adalah tinggi di kawasan pada jarak 10m daripada garisan pantai. Kawasan yang menyediakan dua habitat yang berbeza mempunyai taburan dan kepelbagaian makrobentos yang tinggi seperti di kawasan terumbu karang - rumput laut. Kebanyakan spesies makrobentos yang dijumpai di kawasan terumbu karang - rumput taut (kawasan kajian 5, 6, 7 dan 8) adalah tidak bertindih kecuali beberapa spesies seperti Lambis lambis, Trochus s p., Distomus sp. dan Pinctana sp. Parameter fizikal dan kimia air laut di kawasan kajian tidak mempunyai perbezaan besar (ANOVA dua hala, P>0.05). Suhu, saliniti, pH, D.O. dan intensiti cahaya adalah dalam keadaan yang stabil. Tiga kelas batu karang iaitu Hexacoralia, Octocoralia dan Hydrairia yang mewakili 12 famili direkodkan. Sebanyak 32 spesies adalah terdiri daripada jenis karang keras dan 5 spesies daripada karang lembut. Famili Acroporidea merupakan karang yang dominan. Daripada Indeks Pertumbuhan (01) bagi 8 kawasan kajian, tahapnya adalah hanya satu kawasan (kawasan kajian 5) mempunyai pertumbuhan yang sangat baik, lima kawasan (kawasan kajian 2, 3, 6, 7 dan 8) mempunyai pertumbuhan yang baik dan dua kawasan (kawasan kajian 1 dan 4) mempunyai pertumbuhan yang memuaskan. Indeks Keadaan (CI) pula mendapati lima kawasan (kawasan kajian 1, 2, 4, 7 dan 8) yang berada dalam keadaan baik dan tiga kawasan (kawasan kajian 3, 5 dan 6) berada dalam keadaan yang memuaskan. Manakala Indeks Suksessi (SI) pula menunjukkan satu kawasan (kawasan kajian 4) berada dalam keadaan buruk, lima kawasan (kawasan kajian 2, 3, 5, 7 dan 8) berada dalam keadaan sangat buruk dan dua kawasan (kawasan kajian 1 dan 6) menunjukkan tidak ada apa-apa kesan. Rumput laut hanya dijumpai di kawasan kajian 5, 6, 7 dan 8 sahaja iaitu kawasan pulau yang terlindung daripada angin monson Laut China Selatan. Sebanyak 7 spesies rumput laut dijumpai di kawasan ini pada kedalaman di antara 4 hingga 6 m. Speises rumput laut yang dominan adalah Cymodocea serrulata dan yang paling sedikit dijumpai adalah Enhalus acoroides.


Download File

[img] Text
FSAS_2001_25.pdf

Download (865kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Marine species diversity - Johor
Subject: Benthos - Microbiology - Johor
Call Number: FSAS 2001 25
Chairman Supervisor: Idris Bin Abd Ghani, M.Sc.
Divisions: Faculty of Science and Environmental Studies
Depositing User: Tuan Norasiah Tuan Yaacob
Date Deposited: 17 Jan 2011 04:22
Last Modified: 13 Feb 2024 09:08
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9256
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item