UPM Institutional Repository

Keberkesanan Kepimpinan Tempatan dalam Aktviti Pembangunan Desa di Daerah Kudat, Sabah


Citation

Ationg, Romzi (2001) Keberkesanan Kepimpinan Tempatan dalam Aktviti Pembangunan Desa di Daerah Kudat, Sabah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini merupakan analisis terbadap persepsi penduduk kampung tentang tabap keberkesanan kepimpinan tempatan peringkat kampung dalam aktiviti pembangunan desa. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi penduduk kampung terbadap kejayaan kepimpinan tempatan peringkat kampung melaksanakan tugas mereka sebagai pemimpin, penerimaan penduduk terbadap kepimpinan tempatan peringkat kampung sebagai pemimpin mereka, kepuasan penduduk terbadap sikap kepimpinan tempatan peringkat kampung ke atas aktiviti pembangunan dan kepuasan penduduk kampung terhadap tabap peng1ibatan kepimpinan tempatan peringgkat kampung dalam aktiviti pembangunan desa. Kajian ini dija1ankan di tiga kawasan pi1ihanraya Dewan Undangan Negeri di daerah Kudat, Sabah iaitu N.1 Banggi, N.2 Kudat dan N.4 Matunggong. Seramai 210 orang penduduk kampung dipilih secara rawak sebagai sampel bagi kajian ini. Data dikumpulkan melalui kaedah temubual dengan menggunakan satu set borang soal selidik setelah mendapat kebenaran daripada kerajaan negeri Sabah dan Pegawai Daerah Kudat. Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa hampir semua (98.6%) responden beranggapan bahawa tahap keberkesanan kepimpinan tem,patan peringkat kampung daJam aktiviti pembangunan desa adalah lemah. Kajtan ini juga mendapati bahawa 93.3% daripada responden berpendapat bahawa kepimpinan tempatan peringkat kampung di Kudat tidak berjaya melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Hanya separuh (51.4%) daripada responden menerima kepimpinan tempatan peringkat kampung sebagai pemimpin mereka dalam aktiviti pembangunan desa. Selain itu, kajian ini mendapati bahawa 59.0% daripada responden tidak berpuashati terhadap sikap kepimpinan tempatan peringkat kampung ke atas aktiviti-aktiviti pembangunan yang dilaksanakan di kawasan mereka. Dari segi tahap penglibatan kepimpinan tempatan peringkat kampung dalam aktiviti pembangunan desa pula kajian ini mendapati bahawa dua pertiga (60.5%) daIipada responden tidak berpuashati.


Download File

[img] Text
FPP_2001_5_.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Rural development - Sociological aspects.
Subject: Leadership - Sabah - Kudat.
Call Number: FPP 2001 5
Chairman Supervisor: Associate Professor Hj. Turiman bin Suandi, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 14 Jan 2011 07:19
Last Modified: 08 Feb 2024 01:51
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9222
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item