Saree, Dama (2000) Komitmen Belia Tani Terhadap Projek Pertanian di Wilayah Narathiwat, Selatan Thailand. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 1209Kb |
Abstract
Pada asasnya, Thailand adalah sebuah negara pertanian yang sangat memerlukan tenaga muda agar sektor pertanian negara dapat terus dikekalkan. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan kecil jumlah belia yang masih gigih meneruskan usaha bertani. Walaupun terdapat banyak peluang dari sektor lain, mereka masih lagi tertumpu kepada pertanian. Ini membayangkan komitmen yang tertentu. Oleh itu adalah wajar dikaji tahap komitmen dan faktor-faktor yang mempengaruhi komitmen mereka. Objektif kajian ialah untuk mengetahui tahap komitmen dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi komitmen. Seramai 120 orang belia tani dari sekitar wilayah Narathiwat telah dipilih sebagai responden. Penemuan kajian mendapati tahap komitmen majoriti responden adalah sederhana. Keperluan dalaman untuk beIjaya, berdikari dan dihargai, dan personaliti didapati paling penting dalam mempengaruhi komitmen. Faktor kebolehan juga didapati berkaitan secara signifikan dengan komitmen. Faktor-faktor pendapatan, tempoh menyertai projek, dan umur juga menyumbang kepada tahap komitmen. Faktor galakan didapati tidak berkaitan dengan tahap komitmen belia tani. Kajian mencadangkan agar mereka yang bertanggungjawap dalam pembangunan belia tani memberi perhatian kepada keperluan dan personaliti belia dalam meningkatkan komitmen mereka. Peningkatan keupayaan dan kemahiran, dan pendedahan kepada teknologi dan kaedah pertanian yang lebih tinggi harns juga dititikberatkan.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Farmers - Agricultural - Wilayah Narathiwat - Selatan Thailand |
| Chairman Supervisor: | Associate Professor Dr. Hj. Azimi Hj. Hamzah |
| Call Number: | FPP 2000 5 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9196 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 12 Jan 2011 15:14 |
| Last Modified: | 12 Jan 2011 15:17 |
Repository Staff Only: item control page