Ahmad, Sharizan (2000) Penyediaan dan pencirian karbon aktif daripada hampas sagu. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 1234Kb |
Abstract
Hampas sagu merupakan bahan buangan daripada industri pengekstrakan kanji daripada batang pokok rumbia. Dianggarkan sebanyak 74000 tan hampas sagu telah dihasilkan setahun di mana sebahagian besar dibuang ke dalam sungai dan merupakan bahan pencemar utama bagi sungai-sungai yang berdekatan dengan industri tersebut. Penukaran hampas sagu kepada karbon aktif telah dilakukan dengan menggunakan larutan ZnCl₂ dan gas CO₂ sebagai agen pengaktifan. Proses pengkarbonan ke atas hampas sagu telah dilakukan selama 3 jam diikuti oleh pengaktifan menggunakan gas CO₂ selama 1 jam. Berbagai kepekatan larutan ZnCl₂ dan suhu telah digunakan sebagai parameter untuk menentukan beberapa sifat yang terdapat pada karbon aktif yang telah disediakan. Beberapa pencman fisiko-kimia terhadap tekstur permukaan luaran, permukaan dalaman dan sifat penjerapan dalam fasa gas dan cecair ke atas karbon aktif yang disediakan telah diIakukan. Terdapat dua jenis liang utama yang mendominasi karbon aktif iaitu liang mikro dan meso. Bagi karbon aktif yang disediakan dengan impregnasi antara 0-10% larutan ZnCl₂ liang yang terbentuk adalah jenis mikro manakala impregnasi antara 15-40% liang yang terbentuk adalah jenis meso. Luas permukaan maksimum karbon aktif yang disediakan bagi semua keadaan suhu telah diperolehi apabila hampas sagu diimpregnasi dengan kepekatan ZnCh melebihi 15% dan semua karbon aktif yang disediakan adalah bersifat berasid. Karbon aktif yang disediakan pada suhu 500°C dan diimpregnasi dengan 15% larutan ZnCl₂ (KA 15% ZnCl₂ 500°C) telah digunakan untuk proses penjerapan larutan metilena biru, fenol dan ion logam (Cu²⁺ dan Ni²⁺). Penjerapan larutan metilena biru adalah mengikut isoterma Freundlich manakala bagi penjerapan larutan fenol dan ion logam (Cu²⁺ dan Ni²⁺)mengikut isoterma BET.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Carbon, Activated |
| Chairman Supervisor: | Professor Madya Zulkarnain Zainal, PhD |
| Call Number: | FSAS 2000 39 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Environmental Studies |
| ID Code: | 9183 |
| Deposited By: | Tuan Norasiah Tuan Yaacob |
| Deposited On: | 12 Jan 2011 10:31 |
| Last Modified: | 14 May 2012 09:31 |
Repository Staff Only: item control page