Sifat terma-mekanik kopolimer poli (metil metakrilat-co-stirena)

Wan Abdullah, Wan Fadilah (2000) Sifat terma-mekanik kopolimer poli (metil metakrilat-co-stirena). Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
2794Kb

Abstract

Kopolimer metil metakrilat (MMA) dan stirena (ST) pada nisbah yang berbeza (1:1, 1:2 dan 2:1) disediakan dengan berbagai peratus etilena glikol dimetakrilat (EGDMA) sebagai agen perangkai silang. Pempolimeran dilakukan di dalam kukus air pada 60°C dengan kehadiran bahan pemula azobisisobutironitril (AIBN). Pencirian dibuat berdasarkan kandungan air pada keseimbangan (EWC), kandungan pelarut pada keseimbangan (ESC), suhu peralihan kaca (Tg), penghabluran, takat lebur (Tm) dan ujian mekanik. Didapati nilai EWC bagi kesemua kopolimer tersangat kecil kira-kira 0.4- 1.00/0. Ntlai ESC (di antara 25-75%) berkurangan dengan peningkatan peratus EGDMA. Daripada analisis terma, didapati pertambahan EGDMA menutYukkan terdapatnya peningkatan pada peratus penghabluran bagi kopolimer yang sama banyak atau lebih banyak kandungan MMA berbanding ST. Bagi kopolimer yang tinggi kandungan ST, terdapat sedikit pertambahan penghabluran terhadap EGDMA. WaIau bagaimana pun kandungan ST yang tinggi menyebabkan niIai Tm meningkat. SebaIiknya nilai Tm berkurang apabila EGDMA bertambah. Sifat-sifat termomekanikal kopolimer telah diselidiki sebagai fungsi kadar terikan dan suhu masing-masing daIam julat 10⁻³ hingga 10⁻¹ S⁻¹ dan 30-200°C. Daripada lengkung tegasan-terikan, plot aIiran tegasanlsuhu lawan kadar terikan diperolehi mematuhi persamaan Eyring. Peratusan EGDMA dapat meningkatkan kekuatan kopolimer ini. Kopolimer yang tinggi komposisi MMA adaIah lebih kuat. Ujian mekanik (Graf log modulus Young (E) lawan suhu) dan ujian terma telah menunjukkan bahawa Tg terdapat di antara 80 dan 100°C.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Copolymers
Subject:Thermal analysis
Chairman Supervisor:Mansor bin Hj. Ahmad, PhD
Call Number:FSAS 2000 38
Faculty or Institute:Faculty of Science and Environmental Studies
ID Code:9181
Deposited By: Tuan Norasiah Tuan Yaacob
Deposited On:12 Jan 2011 02:27
Last Modified:27 Sep 2013 00:39

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 12 Jan 2011 02:27.

View statistics for "Sifat terma-mekanik kopolimer poli (metil metakrilat-co-stirena)"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.