Keyword Search:

Korelasi Antara Amalan Belajar dan Pencapaian dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat

Badaruddin, Nur Hayati (1999) Korelasi Antara Amalan Belajar dan Pencapaian dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
2960Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan sarna ada wujud korelasi antara amalan belajar dengan pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu bagi kumpulan pelajar Tingkatan Empat. Di samping itu kajian ini juga bertujuan untuk menentukan tahap amalan belajar yang diamalkan oleh pelajar dalam mempelajari Bahasa Melayu serta perbezaan antara tahap amalan belajar berdasarkan jantina, aliran dan juga keturunan. Sampel kajian terdiri daripada 165 orang pelajar Tingkatan Empat aliran sains dan sastera. Soal selidik yang dikemukakan kepada sampel kajian merupakan enam aspek amalan belajar iaitu 'Menyediakan jadual waktu dan bahan pembelajaran, 'Mendengar,' 'Membaca,' 'Membuat latihan atau tugasan, 'Membuat persediaan untuk peperiksaan' dan 'Menghadapi peperiksaan.' Data yang diperoleh daripada soal selidik dianalisis menggunakan kekerapan, peratusan, analisis korelasi Spearman dan ujian-t bagi menentukan sarna wujud perbezaan tahap amalan belajar. Dapatan kajian menunjukkan 64.9 peratus pelajar mendapat pangkat kepujian dan cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, menggambarkan pencapaian yang sederhana. Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan pelajar mengamalkan aspek-aspek amalan belajar pada tahap yang sederhana dengan min 3.S (skor antara 1 hingga 5), dalam mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu.

Item Type:Project Paper Report
Subject:Malay language - Study and teaching (Secondary)
Subject:Language arts - Correlation with content subjects
Chairman Supervisor:Dr. Rohani Ahmad Tarmizi
Call Number:FPP 1999 70
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9177
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:12 Jan 2011 01:48
Last Modified:25 Jul 2011 08:31

Repository Staff Only: Edit item detail

 
 
 
 

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is powered by EPrints 3 which is developed by the School of Electronics and Computer Science at the University of Southampton. More information and software credits.
Universiti Putra Malaysia Institutional Repository supports OAI 2.0 with a base URL of http://psasir.upm.edu.my/cgi/oai2
Best viewed using IE version 7.0 (and above) Mozilla Firefox version 3 (and above) with the resolution of 1024 x 768.