UPM Institutional Repository

Sikap Terhadap Penggunaan Komputer dalam Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah di Kalangan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah di Negeri Sabah


Citation

Abdullah, Mohamad Khairuddin (1999) Sikap Terhadap Penggunaan Komputer dalam Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah di Kalangan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah di Negeri Sabah. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian tentang sikap penggunaan komputer dalam pengurusan pentadbiran sekolah menengah di kalangan pengetua dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti sama ada pengetua menggunakan komputer dalam tugas pentadbirannya di sekolah. Data-data yang dikumpulkan termasuk gred sekolah, bilangan komputer yang terdapat di sekolah, kekerapan responden menggunakan komputer dalam pentadbiran, minat responden untuk mengikuti kursus, kekerapan menggunakan komputer dalam pentadbiran dan faedah-faedah penggunaan komputer di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan ditadbir melalui pos. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan cara kekerapan, min dan "cross tabulation" dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Penyelidik juga mengkaji tentang sikap pengetua terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan dan pentadbiran dan melihat perhubungan antara sikap dengan umur, jawatan, jantina, pencapaian akademik, lokasi, gred sekolah, bilangan komputer yang terdapat di sekolah, kekerapan guna komputer dan kekerapan berlatih menggunakan komputer serta lama masa responden memegang jawatan. Ujian khi kuasa dua dijalankan untuk melihat hubungan sikap pengetua dengan beberapa pembolehubah tidak bersandar. Kaedah analisis faktor dijalankan untuk mengenalpasti dan menyusun beberapa dimensi faktor sikap pengetua daripada sejumlah faktor besar yang mana dapat menunjukkan hubungan dengan beberepa kumpulan faktor sikap yang saling berkaitan dengan sikap pengetua terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Ujian korelasi phi dijalankan untuk mengenalpasti hubungan korelasi antara pembolehubah tidak bersandar dengan sikap pengetua terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_63_A.pdf

Download (965kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: School administration and organization - Sabah - Computer network resources
Subject: School principals - Sabah - Attitudes
Call Number: FPP 1999 63
Chairman Supervisor: Jegak Uli, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 12 Jan 2011 00:47
Last Modified: 25 Jul 2011 08:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9170
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item