Risiko Kesihatan Akibat Stres di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Ahmad, Jamaliyah (1999) Risiko Kesihatan Akibat Stres di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
2124Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau risiko kesihatan akibat stres di kalangan guru-guru yang mengajar di sekolah menengah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seramai 210 responden dipilih secara rawak dari sepuluh buah sekolah menengah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang dipilih khas mengikut format dari buku berjudul 'Health Risks' oleh Elliot J. Horward dan diubahsuai dengan persetujuan penyelia bagi memenuhi objektif penyelidikan ini. Data-data yang diperolehi, dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS). Dari penganalisisan data, frekuensi dan peratusan diperolebi dan ditabulisasikan dalam bentuk jadual. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden (f = 131) tinggi risiko kesihatan akibat dari stres berbanding dengan jumlah responden (f = 78) yang sederhana risiko kesihatan akibat stres. Manakala hanya terdapat seorang (f = 1) saja pada tahap rendah. Selain daripada mengenalpasti petanda-petanda stres, kajian ini juga meninjau bagaimana sistem tubuh bereaksi semasa dalam keadaan stres dan risiko penyakit yang berkaitan dengan stres. Di dalam kajian ini juga terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan untuk meningkatkan lagi prestasi dan kecemerlangan diri di samping panduan dan nasihat bagi mengatasi dan mengendalikan stres ke arah kesejahteraan hidup.

Item Type:Project Paper Report
Subject:Teachers - Job stress - Wilayah Persekutuan
Subject:Teachers - Wilayah Persekutuan - Health
Chairman Supervisor:Tuan Sheikh Karnarudin bin Sheikh Ahmad
Call Number:FPP 1999 59
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9166
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:11 Jan 2011 03:31
Last Modified:25 Jul 2011 08:26

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 11 Jan 2011 03:31.

View statistics for "Risiko Kesihatan Akibat Stres di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.