Shahkat Ali, Sakhilah (1999) Tekanan di Kalangan Kaunselor Pelajar Sepenuh Masa di Sekolah-Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 1389Kb |
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan tekanan serta mengenalpasti kesan-kesan tekanan dan paras tekanan yang dialami oleh kaunselor pelajar sekolah-sekolah menengah di Wilayah Persekutuan. Seramai 58 responden telah mengisi borang soal selidik di mana seramai 23 responden adalah lelaki dan 35 responden adalah perempuan. Setiap responden adalah Kaunselor Pelajar yang telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan. Data yang diperolehl dianalisis secara "SPSS-X". Pembolehubah-pembolehubah tunggal dilaporkan dalam bentuk peratusan, min, median dan kekerapan. Manakala perkaitan angkubah bebas dan angkubah bersandar diuji dengan menggunakan ujian t dan Korelasi Pearson(r). Dapatan kajian menunjukkan faktor-faktor seperti Tekanan Kerja, Bidang Kerja, Perhubungan Kerja serta Konflik Peranan merupakan punca tekanan yang utama dengan min skor masing-masing melebihi 3.000. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perkaitan di antara Kaunselor Pelajar yang mempunyai paras tekanan yang tinggi terhadap masalah fisiologi dan psikologi. Paras tekanan adalah tinggi dengan min 300.138. Seramai 31 responden (52.7%) telah memperolehi skor 'Life Change Unit' (LCU) melebihi 300 unit. Ini menandakan Kaunselor Pelajar di sekolahsekolah menengah di Wilayah Persekutuan mengalami tekanan yang sangat tinggi.
| Item Type: | Project Paper Report |
|---|---|
| Subject: | Student counselors - Job stress - Wilayah Persekutuan |
| Chairman Supervisor: | Datin Dr. Hjh. Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim |
| Call Number: | FPP 1999 49 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9158 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 11 Jan 2011 10:46 |
| Last Modified: | 25 Jul 2011 16:05 |
Repository Staff Only: item control page