Ali, Othman (1999) Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Menengah yang Dilabelkan Terbaik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 1079Kb |
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan dan pelaksanaan kokurikulum di Sekolah Menengah Taman Maluri. Kuala Lumpur. Sekolah ini telah dilabelkan terbaik dalam pengurusan dan pelaksanaan kokurikulum oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Kajian ini berbentuk deskriptif dan data dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Kajian ini menggunakan dua set soal selidik iaitu satu set untuk guru dan satu set untuk pelajar manakala satu set soalan temu bual untuk Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penyelaras Kokurikulum. Soal selidik untuk guru mengandungi 47 soalan mana kala soal selidik untuk pelajar mengandungi 25 soalan. Kedua-dua soal selidik ini mengandungi soalan yang berbentuk tertutup dan terbuka. Soalan yang berbentuk tertutup, pelajar dan guru dikehendaki memberi pliihan jawapan yang telah disediakan. Soalan berbentuk terbuka pula, pelajar dan guru dikehendaki memberi jawapan berdasarkan pengalaman dan persepsi mereka. Dari segi pengurusan, Pengetua mempunyai gaya pengurusan yang pelbagai iaitu berdasarkan teori Kepimpinan Latuan-Matlamat, teori Kepimpinan Kontingensi, teori Kontinuum Autokratik-Demokratik Tannenbaum, dan teori Situasi. Pengetua mempunyai hubungan rapat dengan guru dan banyak mengadakan perbincangan dan perundingan dalam memberi tugasan di samping membuat keputusan secara mutlat sebagai jalan terakhir.
| Item Type: | Project Paper Report |
|---|---|
| Subject: | Curriculum planning - Wilayah Persekutuan |
| Subject: | Education - Wilayah Persekutuan - Curricula |
| Chairman Supervisor: | Professor Madya Dr. Hajah Kamariah bt. Hj. Abu Bakar |
| Call Number: | FPP 1999 44 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9155 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 11 Jan 2011 10:38 |
| Last Modified: | 25 Jul 2011 16:04 |
Repository Staff Only: item control page