Penggunaan Komputer di Kalangan Guru-Guru Sains di Daerah Hulu Langat: Satu Kajian Status

Ahmad, Nor Aziah (1999) Penggunaan Komputer di Kalangan Guru-Guru Sains di Daerah Hulu Langat: Satu Kajian Status. Masters project report, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
9Mb

Abstract

'Multimedia Super Coridor' atau ringkasan MSC merupakan matlamat negara ke arah pencapaian Wawasan 2020. Adakah kita bersedia untuknya? Adakah guru-guru Sains di sekolah-sekolah Malaysia sudah bersedia ke arah mewujudkan suatu generasi pelajar yang dinamik dan 'celik komputer' untuk menempuh milinium yang akan datang? Ini adalah kerana terdapat di kalangan guru-guru Sains yang masih menggunakan kaedah lama dalam menjajankan tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran. Semua guru-guru Sains di lima buah sekolah di Daerah Hulu Langat telah dipilih sebagai bahan kajian dengan memfokuskan kajian khusus terhadap tahap penggunaan komputer di kalangan mereka. Sebanyak 62 borang soal selidik telah diedarkan dan daripada ini sebanyak 56 responden telah memberikan jawapan. Soal selidik yang dikemukakan ini ada1ah merupakan suatu pengubahsuaian soal selidik yang telah diperolehi melalui kajian-kajian lepas. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kajian deskriptif dan analisis data telah dibuat menggunakan perisian SPSS 7.5 serta dibentangkan daJam bentuk kekerapan, peratus dan min. Secara keseluruhannya, hasil kajian. menunjukkan tahap penggunaan komputer di kalangan guru-guru Sains di Daerah Huiu Langat adalah di tahap yang rendah. Peratusan yang rendah terhadap penggunaan komputer ini memperlihatkan akan kurangnya aksessibiliti komputer kepada guru-guru Sains di sekolah-sekolah di Daerah Hulu Langat. Hasil kajian juga mendapati tujuan utama guru-guru Sains menggunakan komputer adalah untuk tujuan 'pemprosesan perkataan' seperti membuat soalan peperiksaan (95.6%), surat rasmi (73.3%) dan membuat nota pelajaran (60.0%). Penggunaan komputer sebagai alat bantu mengajar masih kurang ditekankan oleh guru-guru Sains. Bilangan guru-guru Sains yang menggunakan komputer untuk tujuan pengurusan juga adalah masih di tahap yang rendah. Walaubagaimanapun, gwu-guru Sains mempunyai pendapat dan pandangan yang positif terbadap penggunaan komputer di sekolah. Ini menunjukkan bahawa guru-guru Sains adalah golongan yang peka kepada keperluan komputer di dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam era teknologi. maklumat ini.

Item Type:Project Paper Report
Subject:Computer managed instruction
Subject:Computer - Assisted instruction
Subject:Computers - Study and teaching (Secondary) - Selangor - Hulu Langat - Case studies
Chairman Supervisor:Dr. Muhamad Hasan Ab. Rahman
Call Number:FPP 1999 38
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9152
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:10 Jan 2011 07:41
Last Modified:25 Jul 2011 08:00

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 10 Jan 2011 07:41.

View statistics for "Penggunaan Komputer di Kalangan Guru-Guru Sains di Daerah Hulu Langat: Satu Kajian Status"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.