UPM Institutional Repository

Hubungan Kesediaan Pendedahan Kendiri kepada Kaunselor Dengan Kesediaan untuk Mendapat Pertolongan Kaunselor di Kalangan Pelajar Laki-Laki Sekolah Menengah Kebangsaan (Laki-Laki) Methodist Kuala Lumpur


Citation

Yunus, Ahmad Rozelan (1999) Hubungan Kesediaan Pendedahan Kendiri kepada Kaunselor Dengan Kesediaan untuk Mendapat Pertolongan Kaunselor di Kalangan Pelajar Laki-Laki Sekolah Menengah Kebangsaan (Laki-Laki) Methodist Kuala Lumpur. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan kesediaan pendedahan kendiri kepada kaunselor dengan kesediaan mendapat pertolongan kaunselor di kalangan pelajar laki-laki Sekolah Menengah Kebangsaan (Laki-Laki) Methodist Kuala Lumpur. Kajian ini juga melihat kecenderungan pelajar memilih orang yang signifikan dengan diri mereka untuk membuat pendedahan kendiri kepada orang yang signifikan tersebut dengan kesediaan pendedahan kendiri kepada kaunselor. Subjek kajian terdiri daripada 148 orang pelajar yang telah mendapat perkhidmatan kaunseling di sekolah tersebut. Alat ukuran yang digunakan ialah soal selidik yang diubahsuai dan The Self-Disclosure Questionnaire yang dibentuk oleh Jourard dan Lasakow (1958). Alat Statistikal yang digunakan untuk menganalisis data ialah korelasi Spearman dan ANOVA satu hala. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kesediaan pendedahan kendiri kepada kaunselor dengan kesediaan mendapat pertolongan kaunselor. Didapati juga, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan pendedahan kendiri kepada kaunselor dengan kesediaan pendedahan kendiri kepada rakan laki-laki. Walau bagaimanapun hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan pendedahan kendiri kepada kaunselor dengan kesediaan pendedahan kendiri kepada ibu, bapa dan rakan perempuan di kalangan pelajar. Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperolehi, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_29_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Student counselors - Selangor - Wilayah Persekutuan
Subject: Interpersonal communication
Subject: Counseling in secondary education - Selangor - Wilayah Persekutuan
Call Number: FPP 1999 29
Chairman Supervisor: Mohamed Fadzil Che Din, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 10 Jan 2011 07:17
Last Modified: 25 Jul 2011 07:54
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9143
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item