UPM Institutional Repository

Persepsi Peserta Terhadap Keberkesanan Program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Anjuran Kemas di Kawasan Parlimen Merbok, Kedah Darulaman


Citation

Saidin, Maznah (1999) Persepsi Peserta Terhadap Keberkesanan Program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Anjuran Kemas di Kawasan Parlimen Merbok, Kedah Darulaman. [Project Paper Report]

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau persepsi peserta terhadap pendidikan non-formal Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) anjuran Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di kawasan Parlimen Merbok, Kedah Darulaman. Kajian ditumpukan kepada empat aspek program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga KEMAS, iaitu kepentingan kurikulum PKK KEMAS, strategi pengajaran, suasanan pembelajaran dan persepsi terhadap pemaju masyarakat. Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpul data dari 16 buah kelas PKK KEMAS yang dipilih secara rawak untuk tujuan kajian ini. Borang soal selidik diedarkan kepada seramai 186 orang peserta wanita dan 100% telah dikembalikan. Seramai 47.3% responden berpersepsi bahawa program PKK KEMAS berkesan ke atas diri mereka. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perkaitan yang sederhana di antara pemboleh ubah persepsi peserta terhadap pemaju masyarakat, strategi pengajaran, dan kurikulum dengan keberkesanan program PKK. Perbezaan dari segi tahap pendidikan, lama masa menyertai kelas PKK dan pendapatan bulanan keluarga dapat dilihat ke atas pernyataan keberkesanan program. Kajian juga menunjukkan bahawa KEMAS perlu mempertingkatkan lagi mutu program tersebut, dengan mengadakan aktiviti-aktiviti PKK yang barn, kemudahan yang lebih baik, pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan, serta pemaju masyarakat yang terlatih.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_25_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Perception.
Subject: Educational evaluation - Merbok.
Call Number: FPP 1999 25
Chairman Supervisor: Dr. Bahaman Bin Abu Samah
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 10 Jan 2011 07:06
Last Modified: 06 Jun 2012 08:52
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9139
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item