Abdul Malek, Khalijah (1999) Keperluan Kompetensi Pegawai di Sebuah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 958Kb |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi yang diperlukan oleh pegawai-pegawai di sebuah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Ia juga bertujuan untuk membandingkan kompetensi yang diperlukan berdasarkan latar belakang pegawai yang berbeza iaitu umur, bidang pendidikan, tempoh pengalaman kerja, penempatan kerja dan jantina. Kajian juga dijalankan untuk melihat sama ada kompetensi pegawai masa kini mempunyai hubungan dengan tempoh pengaiaman kerja pegawai. Instrumen kajian (soal selidik) disedia berpandukan definisi kompetensi yang digunakan oleh Bowling Green State University' (Allen dan Nagy. 1995). Seramai 46 daripada 53 responden telah mengembalikan soal selidik yang diedarkan. Data dianalisis menggunakan 'Statisitical Package for Social Science' (SPSS) program. Kajian telah mengenal pasti 12 kelompok kompetensi dan 69 aktiviti kompetensi yang perlu dibangunkan untuk membolehkan pegawai PKNP memberikan sumbangan yang lebih berkesan di masa akan datang. Kelompok kompetensi yang perlu diberi keutamaan ialah penyelidikan dan pembangunan, pengurusan maklumat dan pengurusan kewangan.
| Item Type: | Project Paper Report |
|---|---|
| Subject: | Competency-based education - Pahang. |
| Subject: | Training needs - Pahang. |
| Chairman Supervisor: | Associate Professor Hjh. Maimunah Ismail, PhD |
| Call Number: | FPP 1999 19 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9128 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 07 Jan 2011 11:33 |
| Last Modified: | 06 Jun 2012 14:49 |
Repository Staff Only: item control page