Faktor-Faktor Mempengaruhi Penerimaan Guna Teknologi Perangsangan Reaktorrim di Kalangan Peneroka Felda Jengka 22, Pahang

Osman, Ramli (1999) Faktor-Faktor Mempengaruhi Penerimaan Guna Teknologi Perangsangan Reaktorrim di Kalangan Peneroka Felda Jengka 22, Pahang. Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
757Kb

Abstract

Setelah 7 tahun sistem torehan dengan perangsangan Reaktorrim (teknologi Reaktorrim) diperkenalkan kepada peneroka Felda Jengka 22, seramai 198 atau 66% peneroka telah mencuba dan mengamalkan teknologi ini. Dari jumlah itu seramai 22% telah menerima guna manakala 78% lagi telah menolak teknologi Reaktorrim. Persoalannya, mengapakah majoriti peneroka terlibat menolak guna teknologi tersebut. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengetahui adakah faktor umur, tahap persekolahan, pengeluaran hasil, pendapatan, penglibatan dalam pertubuhan, kuantiti pendedahan teknologi, tanggapan terhadap keberkesanan pendedahan teknologi, tanggapan terhadap teknologi dan sikap terhadap teknologi mempengaruhi penerimaan guna teknologi Reaktorrim di kalangan peneroka FELDA Jengka 22. Temu bual berpandukan borang soal selidik telah dijalankan ke atas seramai 86 responden yang terdiri dari 43 orang pengamal dan 43 orang bekas pengamal. Data yang dikumpul dianalisa dengan "Statistical Package for Social Science". Perrgantungan angkubah bebas terhadap penerimaan guna teknologi Reaktorrrim ditentukan dengan ujian t dan ujian "Chi Square".

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Technology - Social aspects - Pahang - Felda Jengka 22.
Chairman Supervisor:Shamsuddin bin Ahmad, Ed.D
Call Number:FPP 1999 17
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9125
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:07 Jan 2011 03:17
Last Modified:06 Jun 2012 04:11

Repository Staff Only: Edit item detail


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.