Lee, Ai Choo (1999) Perbandingan Parameter Prestasi Antara Pemain Ping Pong Lelaki dengan Wanita Pasukan Negara dan Pasukan Remaja Negara. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.
|
PDF
3358Kb |
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk membuat perbandingan parameter prestasi antara pemain ping pong lelaki dengan wanita bagi pasukan negara dan pasukan remaja negara. Seramai 12 pemain ping pong lelaki dan wanita pasukan negara dan 12 pemain ping pong lelaki dan wanita pasukan remaja negara dipilih sebagai subjek kajian dengan menggunakan persampelan rawak berlapis dan berkelompok. Subjek terdiri daripada enam lelaki (umur purata = 23.33 ± 5.43 tahun) dan enam wanita (umur purata = 15.83 ± 1.47 tahun) dari pasukan negara serta enam lelaki (umur purata = 14.67 ± 1.21 tahun) dan enam wanita (umur purata = 14.17 ± 1.47 tahun) dari pasukan remaja negara. Pra ujian dan pasca ujian dilaksanakan dalam tempoh masa dua bulan ke atas enam parameter prestasi pemain ping pong lelaki dengan wanita pasukan negara dan pasukan remaja negara. Keenam-enam parameter prestasi yang diuji adalah kelajuan (Ujian Pecut 30m), masa reaksi (Ujian Masa Reaksi Seluruh Badan Ransangan Audio dan Visual serta Ujian Masa Reaksi Tangan Nelson), dayatahan kardiovaskular (Ujian Menapak Harvard), kekuatan cekak tangan (Ujian Dinamometer Tangan), ketangkasan (Ujian Quadran) dan dayatahan otot (Ujian Burpee).
| Item Type: | Project Paper Report |
|---|---|
| Subject: | Table tennis players - Malaysia. |
| Chairman Supervisor: | Dr. Jabar Bin Haji Johari |
| Call Number: | FPP 1999 9 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9116 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 07 Jan 2011 02:26 |
| Last Modified: | 06 Jun 2012 02:25 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 07 Jan 2011 02:26.