Keyword Search:

Permasalahan di Kalangan Mualaf dan Khidmat Sokongan oleh Perkim Negeri Perak

Abdul Shukor, Nor Fadzila (1999) Permasalahan di Kalangan Mualaf dan Khidmat Sokongan oleh Perkim Negeri Perak. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
868Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan di PERKIM Bahagian Negeri Perak, dijalankan adalah untuk melihat permasalahan yang dihadapi oleh para mualaf, disamping mengetahui khidmat sokongan yang berkaitan dengan mereka. Seramai 60 orang mualaf telah dipilih untuk menjadi responden kajian ini. Kajian yang digunakan berbentuk deskriptif. Data-data dikumpulkan melalui wawancara berpandukan soal selidik semi struktur yang mengandungi pelbagai soalan yang berkaitan dengan faktor individu, keluarga, masyarakat dan khidmat sokongan di kalangan mualaf. Hasil kajian menunjukkan faktor-faktor individu, keluarga sendiri dan keluarga pasangan, dan masyarakat memberi kesan kepada sebilangan para mualaf. Di samping itu, sokongan, dorongan dan khidmat sokongan yang pelbagai amat besar ertinya bagi mereka untuk melaksanakan ajaran Islam dengan sebaik-baiknya dalam kehidupan. Kesimpulannya, para mualaf amat memerlukan sokongan dan khidmat sokongan yang seterusnya daripada PERKIM, dan masyarakat Islam untuk menjadi muslim sejati.

Item Type:Project Report
Subject:Muslim converts - Perak - Malaysia
Chairman Supervisor:Dr. Mizan Adiliah bt Ahmad Ibrahim
Call Number:FPP 1999 1
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9107
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:06 Jan 2011 14:27
Last Modified:28 Jul 2011 11:32

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 06 Jan 2011 14:27.

View statistics for "Permasalahan di Kalangan Mualaf dan Khidmat Sokongan oleh Perkim Negeri Perak"