Penyertaan Penduduk Bandar Baru Bangi dalam Pendidikan dan Latihan

Omar, Nik Hairi (1998) Penyertaan Penduduk Bandar Baru Bangi dalam Pendidikan dan Latihan. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1683Kb

Abstract

Pembangunan sumber manusia adalah suatu bidang yang luas dan tidak terfokus semata-mata kepada aspek pembangunan diri di sektor organisasi kerja. Teras dalam bidang pembangunan sumber manusia seharusnya juga ditakrif menurut konteks pembangunan personal, kerjaya dan masyarakat, iaitu meliputi bidang pembangunan di dalam dan di luar organisasi kerja secara sekaligus. Penulisan dan penyelidikan yang memperteguhkan dimensi pembangunan manusia dalam konteks sebegini didapati agak terabai dan terpisah. Justeru itu, tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti penyertaan responden dalam pendidikan dan latihan berdasarkan konteks pembangunan personal, kerjaya dan masyarakat. Penyelidikan ini juga bertujuan mengenalpasti sebab penyertaan, penganjur aktiviti, kekerapan dan perbezaan penyertaan di kalangan responden dalam aktiviti pendidikan dan latihan tersebut. Data kajian diperolehi daripada 96 responden yang disampel secara sistematik daripada 972 populasi. Kajian ini menggunakan kaedah taburan frekuansi bagi semua angkubah berkait penyertaan di samping ujian-t dan ANOVA bagi menentukan perbezaan signifikan yang wujud antara faktor sosio demografi tertentu dengan kekerapan penyertaan.

Item Type:Project Paper Report
Subject:Community development, Urban - Selangor - Bandar Baru Bangi
Subject:Community development - Selangor - Bandar Baru Bangi
Chairman Supervisor:Profesor Madya Dr. Mazanah Muhamad
Call Number:FPP 1998 89
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9094
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:06 Jan 2011 03:18
Last Modified:27 Jul 2011 08:23

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 06 Jan 2011 03:18.

View statistics for "Penyertaan Penduduk Bandar Baru Bangi dalam Pendidikan dan Latihan"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.