Kesan Komposisi dan Mikrostruktur Terhadap Impedans dan Kehilangan Tenaga Penumpas EMI Ferit MgZn dan NiZn

Hari, Zolman (2000) Kesan Komposisi dan Mikrostruktur Terhadap Impedans dan Kehilangan Tenaga Penumpas EMI Ferit MgZn dan NiZn. PhD thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
1218Kb

Abstract

Penumpas gelombang EMI telah menjadi satu peranti yang sangat penting pada masa kini dan akan datang kerana tanpanya teknologi elektronik frekuensi tinggi sukar direalisasikan dengan sempuma. Kesan perubahan komposisi dan milcrostruktur adalah menjadi tulang belakang dalam menghasilkan penumpas EMI yang sesuai dengan penggunaan semasa. Dengan demikian projek ini bertujuan untuk melihat bagaimana komposisi dan mikrostruktur Ferit NiZn dan Ferit MgZn mempengaruhi ciri penumpas EMI terutamanya dari segi frekuensi resonans, magnitud impedans dan faktor kehilangan relatif. Kajian yang lebih mendalam telah dilakukan terhadap faktor kehilangan relatif dengan memisahkannya kepada tiga bahagian iaitu kehilangan histeresis, kehilangan arus pusar dan kehilangan intrinsik. Seterusnya faktor kehilangan relatif difokuskan hanya kepada kajian kesan kehilangan tenaga aruS pusar terhadap penyerapan gelombang EMI.Penyediaan bahan dilakukan dengan kaedah oksida yang melibatkan pensinteran lazim seramik. Sampel-sampel Siri A dan Siri B telah disediakan dengan penambahan ion Mn2+ dan pengurangan ion Ni2+. Sampel Siri C disediakan dengan peningkatan ion Mg2+ dan pengurangan ion Cu2+. Sampel Siri D disediakan dengan penambahan ion Ni2+ dan Zn2+ serta pengurangan ion Cu2+. Dengan demikian penyediaan Siri A, Siri B, Siri C dan Siri D bertujuan untuk melihat kesan perubahan komposisi terhadap sifat magnet. Bagi Siri E hanya penambahan ion Fe3+ sahaja dilakukan yang bertujuan untuk mengkaji kesan arus pusar terhadap penyerapan gelombang EMI. Pencirian bahan melibatkan tiga bahagian pengukuran yang penting iaitu parameter mikrostruktur, sifat elektrik dan sifat magnet. Keputusan kajian mendapati kedudukan frekuensi resonans boleh dikawal dengan perubahan komposisi dan mikrostruktur. Pemisahan ketiga-tiga jenis kehilangan tenaga berjaya dilakukan dan didapati kehilangan histeresis berlaku pada frekuensi rendah dan kemudian diikuti oleh kehilangan arus pusar seterusnya kehilangan intrinsik berlaku pada frekuensi tinggi. Kehilangan histeresis dan arus pusar setiap satunya dipengaruhi oleh daya paksa dan kerintangan elektrik. Faktor utama yang mempengaruhi kehilangan intrinsik sukar ditentukan dan kajian lanjutan perlu dilakukan. Akhimya didapati arus pusar yang banyak akan menyukarkan penyerapan gelombang EMI yang maksimum.

Item Type:Thesis (PhD)
Subject:Ferrites (Magnetic materials) - Composition - Microstructure
Chairman Supervisor:Professor Madya Mansor bin Hashim, PhD
Call Number:FSAS 2000 17
Faculty or Institute:Faculty of Science and Environmental Studies
ID Code:9080
Deposited By: Tuan Norasiah Tuan Yaacob
Deposited On:06 Jan 2011 02:35
Last Modified:26 Sep 2013 03:13

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 06 Jan 2011 02:35.

View statistics for "Kesan Komposisi dan Mikrostruktur Terhadap Impedans dan Kehilangan Tenaga Penumpas EMI Ferit MgZn dan NiZn"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.