Keyword Search:

Perancangan Kerjaya di Kalangan Pelajar-Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia

Hussin, Abd Razak (1998) Perancangan Kerjaya di Kalangan Pelajar-Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
1477Kb

Abstract

Kajian tetah melihat usaha perancangan pemimpin-pemimpin pelajar-pelajar UKM mempersiapkan diri untuk memasuki alam kerjaya selepas mereka menamatkan pengajian di peringkat ijazah pertama. Kajian ini turut mengambil kira senario kegawatan ekonomi yang sedang dialami oleh negara pada masa ini. Secara khususnya pula kajian telah meninjau idealisme mereka terhadap kepentingan kerjaya dalam kehidupan, perancangan dan proses pencapaian cita-cita kerjaya dan meneliti tanggapan mereka mengenai kegawatan ekonomi dan peluang-peluang kerjaya untuk mereka. Di samping itu, kajian juga telah meneliti proses membuat keputusan kerjaya yang diamalkan dan mendapatkan maklum balas pelajar terhadap peranan universiti dalam membina ketrampilan pelajar. Informan bagi kajian ini seramai lapan belas orang iaitu enam orang pelajar Melayu, tiga orang pel ajar Cina, dan sembilan orang pegawai/pensyarah UKM. Kesemua orang pelajar itu merupakan pemimpin-pemimpin pelajar yang berada di tahun akhir pengajian mereka. Pendekatan penyelidikan yang digunakan adalah pendekatan kualitatif dan temubual separa berstruktur bagi tujuan mengumpulkan data. Selain itu, panduan temu bual dan pita rakaman mikro juga digunakan. Data yang tetah dikumpul ditranskrip dan seterusnya diproses mengi kut kategori dengan menggunakan perisian TDC II . Kerja-kerja penganalisisan data dilakukan secara serentak ketika kerja-kerja pengumpulannya berlangsung.

Item Type:Project Report
Subject:Vocational guidance - Malaysia
Subject:Universities and colleges - Vocational guidance - Malaysia
Chairman Supervisor:Y. M. Dr. Raja Ahmad Tajuddin Shah Bin Raja Abdul Rashid
Call Number:FPP 1998 77
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9073
Deposited By: Laila Azwa Ramli
Deposited On:05 Jan 2011 12:04
Last Modified:27 Jul 2011 16:12

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 05 Jan 2011 12:04.

View statistics for "Perancangan Kerjaya di Kalangan Pelajar-Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia"