Abdullah Sani, Kamal Shukri (1998) Sikap Pekerja Malaysia Terhadap Gaya Pengurusan Jepun: Satu Kajian Kes di Firma Jepun di Malaysia. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.
|
PDF
1146Kb |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap dan tahap sikap pekerja Malaysia terhadap gaya pengurusan Jepun di firma Jepun di Malaysia dan juga tahap amalan gaya pengurusan Jepun di firma yang sama berdasarkan enam dimensi terpilih. Sebanyak 280 orang pekerja Malaysia di sebuah firma Jepun yang terkemuka di Malaysia yang terdiri daripada pekerja biasa/operator dan staf pengurusan dipilih sebagai responden melalui kaedah persampelan stratifikasi rawak mudah. Pengumpulan data menggunakan kaedah soal selidik yang diedarkan kepada responden melalui kerjasama Jabatan Sumber Manusia firma berkenaan, dan komunikasi peribadi dengan staf firma yang sama. Instrumen kajian dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan pengalaman mengikut kursus pengurusan di Jepun, rujukan bahan bacaan berkaitan dan bertumpu kepada enam dimensi terpilih. Seterusnya data dianalisis menggunakan Program "Statistica".
| Item Type: | Project Paper Report |
|---|---|
| Subject: | Job satisfaction - Malaysia |
| Subject: | Corporations, Japanese - Malaysia |
| Chairman Supervisor: | Associate Professor Dr. Hj. Saidin Teh |
| Call Number: | FPP 1998 68 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9064 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 05 Jan 2011 01:55 |
| Last Modified: | 27 Jul 2011 04:13 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 05 Jan 2011 01:55.