Hashim, Jasimah (1998) Menilai Tahap Kebolehbacaan Buku-Buku Teks Bahasa Malaysia Tingkatan Satu KBSM. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 1115Kb |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentu dan membandingkan tahap kebolehbacaan buku-buku teks Bahasa Malaysia, Tingkatan Satu, dengan menggunakan Formula Khadijah Rohani (1982) dan Prosedur Kloz. Kajian ini juga melihat perbezaan tahap kebolehbacaan buku teks Bahasa Malaysia Teras dengan buku-buku teks Bahasa Malaysia Tingkatan Satu yang lain dengan menggunakan Prosedur Kloz. Reka bentuk kajian ini ialah tinjauan deskriptif dan analisis kandungan. Bagi menentukan tahap kebolehbacaan buku-buku teks Bahasa Malaysia Tingkatan Satu, dua kaedah digunakan iaitu Formula Kebolehbacaan Khadijah Roham (1982) dan Prosedur Kloz Kedua-dua kaedah ini, mengambil tiga petikan yang sama pada setiap Judul buku teks iaitu pada bahagaian permulaan, pertengahan dan akhir Sampel kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar Tingkatan Satu, Sekolah Tinggi Muar yang menduduki Ujian Kloz dan skala Anderson berdasarkan skor peratusan digunakan untuk menentukan tahap kebolehbacaan buku-buku teks tersebut Data yang diperoleh daripada Ujian Kloz ini juga dianalisis dengan menggunakan ujian t bersandar bagt menunjukkan perbandingan tahap kebolehbacaan antara dua buah buku teks tersebut.
| Item Type: | Project Paper Report |
|---|---|
| Subject: | Malay language - Textbooks - Evaluation |
| Chairman Supervisor: | Encik Mohd Zainuddin bin Hashim |
| Call Number: | FPP 1998 64 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9060 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 04 Jan 2011 15:57 |
| Last Modified: | 27 Jul 2011 12:08 |
Repository Staff Only: item control page