Abdul Samat, Mohd Shafie (1997) Faktor-Faktor Kerja dan Bukan Kerja serta hubungannya dengan Kepuasan Kerja di Kalangan Kakitangan Konsortium Sepang Berhad. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 781Kb |
Abstract
Kepuasan kerja telah mendapat perhatian yang meluas dari para pengkaji sejak 1940an lagi. Tahap kepuasan kerja yang rendah biasanya dikaitkan dengan masalah yang dihadapi oleh para pekerja samada di tempat kerja atau di rumah mereka sendiri. Tujuan utama kajian ini adalah bagi mengenalpasti faktor-faktor kerja dan faktor-faktor bukan kerja dan hubungannya dengan kepuasan kerja di kalangan kakitangan Konsorium Sepang Berhad (KSB). Secara khususnya kajian ini bertujuan mengenalpasti: (i) tahap kepuasan kerja kakitangan KSB, (li) perbezaan kepuasan kerja kakitangan KSB, (iii) hubungan antara faktor-faktor kerja dengan kepuasan kerja dan hubungan antara faktorfaktor bukan kerja dengan kepuasan kerja. Sejumlah 80 orang responden telah dipilih bagi menjayakan kajian ini dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program 'Statistical Package for Social Sciences (SPSS) for MS Windows Release 6.0'.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | Konsortium Sepang Berhad |
| Subject: | Universiti Putra Malaysia - Dissertations |
| Subject: | Job satisfaction - Selangor - Sepang |
| Chairman Supervisor: | Associate Professor Dr. Hj. Turiman Suandi |
| Call Number: | FPP 1998 59 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9054 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 04 Jan 2011 12:54 |
| Last Modified: | 04 Jan 2011 12:55 |
Repository Staff Only: item control page