UPM Institutional Repository

Kesahan Soalan Peperiksaan Berdasarkan Kepada Analisis Item Cara Kualitatif


Citation

Abd. Ghani, Ahmad Affandi (1998) Kesahan Soalan Peperiksaan Berdasarkan Kepada Analisis Item Cara Kualitatif. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian ini merupakan satu tinjauan terhadap kesahan soalan ujian Bahasa Melayu I yang dijalankan ke atas pelajar Tingkatan Tiga di sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru seri Petaling, Kuala Lumpur. seramai sembilan puluh orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Ramai orang beranggapan bahawa membina item untuk sesuatu ujian sebagai satu perkara yang mudah atau boleh diambil mudah. Hanya apabila item-item itu ditadbirkan kepada para pelajar barulah timbul pelbagai masalah seperti salah faham, tiada jawapan atau ianya terlalu mudah atau terlalu sukar untuk dijawab. Semua ini akan menyumbang ke arah terjejasnya kesahan sesuatu item ujian itu. Oleh itu satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan membuat analisis item kualitatif. Untuk tujuan kajian ini, analisis item kualitatif cuba membandingkan ujian pradan ujian pasca iaitu dari segi indeks diskriminasi, indeks kesukaran dan peranan distraktor. Kajian ini hanya tertumpu kepada markah yang diperolehi daripada kedua-dua ujian berbentuk pra dan pasca. Kedua-dua ujian tersebut menggunakan item-item yang sama merangkumi soalan-soalan kefahaman dan tatabahasa berjumlah enam puluh soalan berbentuk aneka pilihan. Kaedah-kaedah yang digunakan meliputi penganal isisan item yang termasuklah di dalamnya pengiraan untuk mendapatkan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi serta analisis jawapan meluas.


Download File

[img] PDF
FPP_1998_54_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Malay language - Examinations, questions, etc. - Validity
Call Number: FPP 1998 54
Chairman Supervisor: Encik Mohd Zainuddin bin Hashim
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 04 Jan 2011 04:15
Last Modified: 26 Jul 2011 09:05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9046
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item