Abdul Wahab, Jamalullail (1998) Gaya Pengajaran Pensyarah di Sebuah Maktab Perguruan Terpilih dari Persepsi Guru Pelatih. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 1806Kb |
Abstract
Gaya pengajaran pensyarah maktab perguruan boleh memberi kesan kepada prestasi guru-guru pelatih. Sehubungan dengan itu adalah penting untuk dikenalpasti persepsi guru-guru pelatih terhadap gaya pengajaran pensyarah supaya pensyarah maktab perguruan boleh melakukan perubahan yang positif terhadap gaya pengajarannya. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru pelatih terhadap gaya pengajaran pensyarah maktab perguruan dan kajian ini juga menentukan profil gaya pengajaran pensyarah yang disukai oleh guru-guru pelatih bagi tiap-tiap dimensi gaya pengajaran. Sejumlah 145 guru-guru pelatih semester akhir Maktah Perguruan Kuala Terengganu dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Soal selidik telah ditadbir sendiri oleh pengkaji bersama dua pembantu. Data telah dianalisis menggunakan program Statistical Packge for Sosial Science (SPSS) for MS Window Release 6.0.
| Item Type: | Project Paper Report |
|---|---|
| Subject: | College teachers - Evaluation - Malaysia |
| Subject: | Effective teaching |
| Chairman Supervisor: | Dr. Shamsuddin Ahmad Ed.D |
| Call Number: | FPP 1998 51 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 9043 |
| Deposited By: | Laila Azwa Ramli |
| Deposited On: | 04 Jan 2011 12:04 |
| Last Modified: | 26 Jul 2011 12:50 |
Repository Staff Only: item control page