Keyword Search:

Hubungan Sikap, Motivasi dan Latar Belakang Pelajar Sains Tulen dengan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu

C. Lah, Mohd Nor (1998) Hubungan Sikap, Motivasi dan Latar Belakang Pelajar Sains Tulen dengan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
859Kb

Abstract

Banyak kajian telah dijalankan dalam usaha untuk melihat hubungan pencapaian akademik pelajar dengan faktor-faktor lain baik di sekolah harian biasa atau di sekolah berasrama penuh justeru itu tujuan kajian ini dijalankan, adalah untuk memperjelaskan sejauhmana hubungan sikap, motivasi dan latar belakang pelajar sains tulen tingkatan lima di MRSM memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka dalam subjek BM Data dikumpul melalui soalselidik dan Ujian Khas BM Kertas 1 dan Kertas 2 mengikut format dan sukatan pelajaran peringkat Sijil Pelajaran Malaysia bagi menilai sejauhmana pencapaian mereka dalam subjek BM Data dianalisis dengan menggunakan program The Statistical Package for Social Science (SPSS version 6.0). Kajian ini mendapati sikap para pelajar MRSM terhadap subjek BM tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik mereka dalam subjek tersebut. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dalam pencapaian akademik mereka dalam subjek BM. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan antara kumpulan gaji yang beriainan di kalangan keluarga pelajar dengan pencapaian akademik. Antara cadangan yang dapat diperakukan di sini ialah (1) Pelajar MRSM mesti memberi penekanan kepada kemahiran membaca dan menulis bagi mendapat markah yang cemeriang dalam subjek BM (2) Bilangan pelajar lelaki dan perempuan mesti seimbang agar aktiviti bahasa dalam kelas dapat dikongsi bersama-sama di samping dapat mempertingkatkan hubungan di antara mereka.

Item Type:Thesis (Masters)
Subject:Malay language - Study and teaching (Secondary) - Evaluation
Subject:Students - Attitudes
Chairman Supervisor:Associate Professor Dr. Zakaria Kasa
Call Number:FPP 1998 32
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:9017
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:30 Dec 2010 18:24
Last Modified:30 Dec 2010 18:28

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 30 Dec 2010 18:24.

View statistics for "Hubungan Sikap, Motivasi dan Latar Belakang Pelajar Sains Tulen dengan Pencapaian Akademik Bahasa Melayu"