UPM Institutional Repository

Memahami elemen-elemen pembangunan diri pengikut dalam pembentukan pemimpin Organisasi Pertubuhan Belia Negeri Sembilan


Citation

Sharif, Zainudin (1998) Memahami elemen-elemen pembangunan diri pengikut dalam pembentukan pemimpin Organisasi Pertubuhan Belia Negeri Sembilan. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian mengenai memahami elemen-elemen pembangunan diri pengikut dalam pembentukkan pemimpin telah dijalankan secara kualitatif. Seramai lima orang pemimpin telah ditemubual secara mendalam untuk menceritakan pengalaman mereka. Data-data yang diperoleh dikumpulkan ke dalam empat kategori iaitu: (1) konsep pengikut dan pengikutan; (2) konsep pemimpin dan kepimpinan;(3) elemen-elemen proses pembentukkan pemimpin; dan (4) masalahmasalah berkaitan dengan pembangunan diri pengikut dan pemimpin. Kajian mendapati bahawa kefahaman pemimpin belia tentang konsep pengikut dan pengikutan adalah jelas dan mereka mengakui bahawa pengikut dalam organisasi belia perlu menunjukan imej aktif, pelaksana, berkeIjasama, sukarela, kesedaran dan ingin belajar. Pemimpin belia bersetuju membangunkan pengikut yang efektif dalam organisasi bella sangat penting kerana ia membantu pengikut membangunkan diri untuk menjadi pemimpin. Pengikutan yang efektif mempunyai elemen-elemen seperti kebolehan mempengaruhi rakan, mematuhi arahan ketua, memberi maklumbalas kepada ketua, bertanggungjawab terhadap pemimpin dan organisasi, melaksanakan program dan bertindak sebagai agen perubahan. Kajian juga mendapati matlamat pengikutan ahli bella adalah untuk memberi sumbangan ide, kemahiran, kepakaran, mematuhi dan mentaati pemimpin dan bersedia untuk menggantikan pemimpin.


Download File

[img] Text
FPP_1998_7 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Leadership
Subject: Community leadership - Negeri Sembilan
Subject: Youth volunteers in community development - Negeri Sembilan
Call Number: FPP 1998 7
Chairman Supervisor: Hajjah Rusinah Joned
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 28 Dec 2010 04:29
Last Modified: 12 Mar 2024 00:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8991
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item