Perbandingan Ujian Kloz dan Ujian Aneka Pilihan Untuk Menilai Kefahaman Membaca dalam Bahasa Melayu

Nollie, Tommy (1997) Perbandingan Ujian Kloz dan Ujian Aneka Pilihan Untuk Menilai Kefahaman Membaca dalam Bahasa Melayu. Masters project report, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
1685Kb

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan dan membandingkan tahap kebolehpercayaan dua bentuk ujian kefahaman membaca, iaitu ujian kloz (UK) dan ujian aneka pilihan (UAP). Di samping itu, kajian ini ingin meninjau tahap bacaan am dan prestasi pemahaman membaca teks Bahasa Melayu (BM) di kalangan guru peiatih yang berbeza jantina dan program pengajian. Sejumlah 140 guru pelatih (48 lelaki dan 92 perempuan) yang mengikuti program Diploma Perguruan Malaysia dari Maktab Perguruan Sandakan Sabah telah dipitih untuk kajian ini. Data telah diperoleh dengan mentadbirkan UK dan UAP. Data kemudian dianalisis dan ditentukan tahap kebolehpercayaan dengan menggunakan kaedah 'split-half Spearman-Brown. Tahap bacaan am ditentukan dengan menggunakan skala Anderson berdasarkan skor peratusan, dan prestasi guru pelatih dibandingkan berdasarkan min skor piawai. Dapatan kajian menunjukkan tahap kebolehpercayaan UK adaIah lebih tinggi berbanding UAP, iaitu 0.86 bagi UK dan 0.82 bagi UAP. Tahap bacaan am guru pelatih secara keseluruhan (N = 140) adalah lebih baik dalam UK berbanding dalam UAP. Tahap bacaan am guru pelatih perempuan didapati lebih baik berbanding guru pelatih lelaki daIam kedua-dua ujian. Berdasarkan program pengajian, tahap bacaan am guru pelatih dari program Pengajian Matematik /Sains (PMT/SN), Pengajian Bahasa Inggeris lKemahiran Hidup (PBIIKH) dan Pengajian Islam / Pengajian Melayu (PI/PM) menunjukkan tahap bacaan yang lebih tinggi dalam UK berbanding dengan guru pelatih dari program Pengajian MatematikIKajian Tempatan (PMTIKT) dan Pengajian Sains/ Pendidikan Jasmani Kesihatan (PSIPJK). Manakala daIam UAP hanya guru pelatih dari program PSIPJK menunjukkan tahap bacaan am yang lebih baik berbanding dengan empat program pengajian yang lain. Bagi pre stasi pemahaman membaca teks BM, secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di kalangan guru pelatih yang mengambil UK dan UAP. Dari segi jantina, guru pelatih perempuan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding guru pelatih lelaki dalam UK dengan nilai t (138) =4.42, P < 0.001. Manakala dalam UAP, tidak wujud perbezaan yang bererti di antara guru pelatih lelaki dengan guru pelatih perempuan. Analisis ANOVA sehala menunjukkan perbezaan yang signifikan di antara guru pelatih pelbagai program dalam UK dengan nilai F (4,135) = 42.08, p < 0.001. Dalam UAP, analisis ANOVA sehala juga menunjukkan berbezaan yang signifikan di antara guru pelatih pelbagai program dengan nilai F (4,132) = 2.909, P < 0.05. Berdasarkan ujian Tukey-B dapatan kajian menunjukkan tiga daripada lima program dalam UK berbeza seeara signifikan, iaitu PMT/SN, PBIIKH, dan PIIPM berbanding hanya satu dalam UAP iaitu PSIPJK.

Item Type:Project Paper Report
Subject:Malay language - Reading - Ability testing - Case studies
Chairman Supervisor:Dr. Rohani Ahmad Tarmizi
Call Number:FPP 1997 36
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:8982
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:28 Dec 2010 02:34
Last Modified:25 Jul 2011 08:07

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 28 Dec 2010 02:34.

View statistics for "Perbandingan Ujian Kloz dan Ujian Aneka Pilihan Untuk Menilai Kefahaman Membaca dalam Bahasa Melayu"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.