UPM Institutional Repository

Penguasaan Kefahaman Bacaan di Kalangan Murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan, Daerah Kota Setar Negeri Kedah Darul Aman


Citation

Othman, Abu Hassan (1997) Penguasaan Kefahaman Bacaan di Kalangan Murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan, Daerah Kota Setar Negeri Kedah Darul Aman. [Project Paper Report]

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kefahaman bacaan di kalangan murid tahun lima sekolah kebangsaan di Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman. Selain itu, penyelidikan ini juga bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kefahaman baeaan murid dalam petikan yang bereorak penerangan dan naratif. Perkara-perkara lain lagi yang dilihat ialah sarna ada terdapat perbezaan penguasaan kefahaman bacaan dari segi jantina, sama ada wujud perkaitan antara jenis pekerjaan bapa, penggunaan perpustakaan, dan penyediaan bahan dengan penguasaan kefahaman baeaan am dan akhir sekali untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kefahaman bacaan di kalangan murid. Subjek penyelidikan ini terdiri daripada 200 orang murid tahun lima di lima buah sekolah kebangsaan di Daerah kota Setar, Kedah. Sekolah-sekolah tersebut ialah SK Sungal Baru, SK Kubang Teduh, SK Alur Melintang, SK Bukit Pinang, dan SK Dato' Shaari. Data penyelidikan telah diperoleh dengan menggunakan dua jenis Instrumen penyelidikan, iaitu soal selidik dan soalan kefahaman. Soalan kefahaman terdiri daripada Ujian Soalan secara Terbuka dan Ujian Kloz. Data dianalisis dengan menggunakan taburan kekerapan, peratus, min, dan khi-kuasa dua Dapatan penyelidikan ini seeara keseluruhannya menunjukkan bahawa penguasaan kefahaman baeaan murid dalam Ujian Soalan Secara Terbuka berdasarkan Taksonomi Lamberg dan Lamb ialah 76.25% murid menjawab dengan betul soalan tahap kefahaman literal, 55.25% tahap kefahaman tafsiran dan 38.00% tahap kefahaman kritis. Ini bermakna 21.75% murid salah menjawab tahap kefahaman literal dan 2.00% tidak menjawab langsung berbanding 36.50% yang salah tahap kefahaman tafsiran dan 8.25% tidak menjawab langsung. Penguasaan kefahaman pada tahap kefahaman kritis lebih merosot apabila 45.75% murid salah dan 15.75% tidak menjawab langsung. Hal ini adalah disebabkan oleh soalan tahap kefahaman kritis lebih sukar daripada tahap kefahaman tafsiran dan literal. Oleh yang demikian, penguasaan kefahaman baeaan murid lahun lima dl sekolah-sekolah tersebut adalah sederhana sahaja. Dari segi penguasaan kefahaman tahap bacaan am pula, dalam Ujian Kloz hanya 21.50% murid mencapai tahap bacaan persendirian, 33.50% tahap baeaan bimbingan, dan 45.00% tahap baeaan kecewa. Ini menunjukkan bahawa hampjr separuh daripada keseluruhan murid yang dikaji berada pada tahap bacaan kecewa. Oleh itu, keadaan ini memerlukan pengawasan dan bimbingan yang sepenuhnya daripada guru-guru, ibu bapa, dan masyarakat amnya bagi mengatasi masalah dalam pembacaan.


Download File

[img] PDF
FPP_1997_35_A.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Malay language - Reading (Primary) - Kedah - Case studies
Call Number: FPP 1997 35
Chairman Supervisor: Encik Kamarudin Hj. Husin
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 28 Dec 2010 02:28
Last Modified: 25 Jul 2011 08:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8981
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item