Persediaan Belia Islam untuk Berkahwin, Kajian dari Sudut Pengetahuan, dan Amalan

Abdul Wahab, Muhammad Nubli (1997) Persediaan Belia Islam untuk Berkahwin, Kajian dari Sudut Pengetahuan, dan Amalan. Masters project report, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
1047Kb

Abstract

Kerukunan rumah tangga asas pada kesejahteraan masyarakat. Realiti kini menunjukkan keutuhan institusi ini tergugat khususnya di kalangan belia. Pemerhatian menunjukkan salah satu faktor yang menyebabkannya lemah adalah kerana kurangnya persediaan di kalangan bakal suami isteri untuk mendirikan rumah tangga. Oleh itu, kedudukan sebenar persediaan belia untuk berkahwin perlu dikaji dan dikenalpasti. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tahap persediaan belia yang akan berkahwin dari aspek pengetahuan, sikap dan amalan. Untuk itu, kajian ini melihat persediaan perkahwinan di kalangan 482 orang belia terpilih di Kuala Lumpur, Shah Alam dan Temerluh. Penemuan kajian menunjukkan, majoriti responden mempunyai tahap persediaan untuk berkahwin yang sederhana dalam ketiga-tiga aspek persediaan iaitu, persediaan pengetahuan adalah lebih lemah berbanding persediaan sikap dan amalan untuk berkahwin. Hasil kajian mendapati aspek persediaan perkahwinan yang berkaitan dengan pengetahuan dan amalan terhadap agama Islam adalah lebih rendah berbanding dengan yang lain. Salah satu faktor yang mempunyai hubungan dengan kelemahan persediaan ini adalah tahap pendidikan formal yang telah dilalui oleh belia. Belia yang rendah tahap tahap pendidikannya mempunyai tahap persediaan perkahwinan yang lebih lemah. Kajian penerokaan ini merumuskan bahawa para belia yang diambil sebagai responden kurang bersedia untuk berkahwin. Adalah dicadangkan agar kajian selanjutnya dalam bidang ini diteruskan dengan tujuan program-program penyediaan belia untuk berkahwin boleh dikemaskinikan bagi pembentukan masa depan generasi negara yang lebih mantap.

Item Type:Project Paper Report
Subject:Muslim youth - Marriage - Case studies
Chairman Supervisor:Profesor Madya Dr. Hj. Azimi Hj. Hamzah
Call Number:FPP 1997 22
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:8970
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:27 Dec 2010 08:36
Last Modified:25 Jul 2011 07:55

Repository Staff Only: item control page

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 27 Dec 2010 08:36.

View statistics for "Persediaan Belia Islam untuk Berkahwin, Kajian dari Sudut Pengetahuan, dan Amalan"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.