Ibrahim, Mustafa (1997) Penerimaan Pelaksanaan Penilaian Prestasi Sistem Saraan Baru. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.
| PDF 753Kb |
Abstract
Penilaian Prestasi Sistem Saraan Baru mengikut Pekeliling Perkhidm atan Bil. 4 Tahun 1992 telah dilaksanakan dalam sektor perkhidmatan awam mulai 1 Januari 1993 dengan pengubahsuaian laporan penilaian prestasi semasa Laporan Jawatankuasa Kabinet. Memandangkan letakadar prestasi sebagai satu pendekatan ke arah perancangan dan pengurusan sumber tenaga manusia, maka kajian ini diusahakan untuk melihat adakah sistem penilaian prestasi baru ini diurus dan dilaksanakan dengan sempurna, adil dan berkesan. Responden dalam kajian ini terdiri dari Pegawai Tadbir Gred N3 di Universiti Putra Malaysia yang merupakan pentadbir sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam, yang terlibat sarna menjamin pelaksanaan program penilaian dengan lebih mantap. Secara khusus objektif kajian ini adalah untuk mengetahui kesesuaian aspek penetapan sasaran kerja tahunan sebagai kuantitinya dan kriteria penilaian sebagai kualitinya; dan untuk mengetahui sejauhmana kaedah pengukuran dan pengikhtirafan yang digunakan dalam penilaian pretsai ini tepat dan berkesan; serta untuk mengetahui sejauh mana responden bersedia menerimanya sebagai sistem penilaian yang terbaik. Mengikut kajian yang dijalankan kebanyakan responden bersetuju bahawa pelaksanaan Penilaian Prestasi baru perlu diperbaiki, diurus dan dilaksanakan secara adil dan berkesan, manakala kemajuan dalam perancangan sasaran kerja tahunan perlu dinilai secara terbuka. Dari segi kesesuaian kriteria pengukuran, responden tidak pasti siapa yang sepatutnya menyediakan sasaran kerja tahunan dan mereka mendakwa tidak diberi penjelasan lengkap mengenai arah haluan dan matlamat jabatan. Oleh itu terdapat kesukaran menyediakan sasaran kerja tahu nan yang baik. Responden juga tidak diberi penerangan mengenai arah haluan dan matlamat Jabatan masingxmasing pada setiap tahun. Di samping itu, kebanyakan pegawai penilai dikatakan tidak pernah membuat semakan Sasaran Kerja Tahunan pada setiap pertengahan tahun dan pegawai yang dinilai tidak pernah diberi teguran, apatah lagi diberitahu pencapaian minimum prestasi kerja dan piawaian mutu kerja yang perlu dicapai.
| Item Type: | Project Paper Report |
|---|---|
| Subject: | Malaysia - Officials and employees - Rating of - Case studies |
| Chairman Supervisor: | Profesor Madya Dr. Haji Saidin bin Teh |
| Call Number: | FPP 1997 20 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 8968 |
| Deposited By: | Nurul Hayatie Hashim |
| Deposited On: | 27 Dec 2010 16:13 |
| Last Modified: | 25 Jul 2011 15:54 |
Repository Staff Only: item control page