Persepsi Bekas Pelajar Kursus Diploma Perguruan Khas (Teknologi) Terhadap Mata Pelajaran Matematik Kejuruteraan

Mat Daud, Fauzi (1997) Persepsi Bekas Pelajar Kursus Diploma Perguruan Khas (Teknologi) Terhadap Mata Pelajaran Matematik Kejuruteraan. Masters project report, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF
557Kb

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelaj ar KDPK (Teknologi) terhadap mata pelajaran Matematik Kejuruteraan (MK). Aspek yang dikaji merangkumi kandungan kurikulum MK, struktur agihan dan bentuk penilaian, kualiti pensyarah MK dan isu-isu yang berbangkit semasa perlaksanaan subj ek tersebut. Populasi kajian ini terdiri daripada 150 orang bekas pelajar KDPK (Teknologi) sesi 1996/97 yang sedang menuntut di UTM (101 orang) dan sedang mengajar di sekolah asal mereka (49 orang). Data diperolehi dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan perisian 'Statistical Package For Social Sciences' (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan pelajar memberikan persepsi kepentingan positif terhadap kebanyakan isi kandungan kurikulum MK. Mereka juga berpendapat pensyarah MK mempunyai kemahiran dalam MK, dapat mewujudkan hubungan rapat dengan pelajar, berkebolehan membimbing pelajar, memahami objektif MK dan pelajaran yang diajar oleh pensyarah adalah menarik. Dalam pada itu pelajar kurang berpuas hati dengan sikap pensyarah yang kurang memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar. Pelajar juga berpuas hati dengan agihan penilaian kerja kursus dan bentuk-bentuk penilaian MK. Perkara yang menjadi isu ialah ketidakseimbangan masa belajar yang diperuntukkan dengan kandungan kurikulum MK yang padat dan pelajar didapati kurang berminat mempelajari MK. Daripada dapatan kajian bolehlah dibuat kesimpulan bahawa pada keseluruhannya aspek yang dikaji adalah memuaskan pelajar kecuali beberapa aspek seperti kualiti pensyarah, kandungan kurikulum dan isu berkaitan masa belajar kurang memuaskan pelajar. Oleh itu beberapa cadangan dikemukakan antaranya ialah menyemak semula kandungan kurikulum, pensyarah MK hendaklah menyelaraskan sistem penilaian dan masa belajar MK perlu ditambah.

Item Type:Project Paper Report
Subject:Information technology - Students - Prception - Engineering mathematics - Case studies
Chairman Supervisor:Mohd Ibrahim bin Nazri, PhD
Call Number:FPP 1997 1
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:8952
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:27 Dec 2010 01:22
Last Modified:25 Jul 2011 07:35

Repository Staff Only: Edit item detail

Document Download Statistics

This item has been downloaded for since 27 Dec 2010 01:22.

View statistics for "Persepsi Bekas Pelajar Kursus Diploma Perguruan Khas (Teknologi) Terhadap Mata Pelajaran Matematik Kejuruteraan"


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.