Keyword Search:

Persepsi Pelajar-Pelajar Semester Tiga dan Lima Kursus Kejuruteraan Awam dan Akauntansi di Politeknik Terhadap Keperluan Kemahiran Pekerjaan

Hasan, Abdul Hamid (1996) Persepsi Pelajar-Pelajar Semester Tiga dan Lima Kursus Kejuruteraan Awam dan Akauntansi di Politeknik Terhadap Keperluan Kemahiran Pekerjaan. Masters project report, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
5Mb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kesedaran di kalangan pelajar politeknik terhadap keperluan kemahiran pekerjaan dan apakah sumber utama dari mana pelajar mendapat maklurnat mengenai kemahiran peketjaan dan kerjaya. Serarnai 173 orang pelajar semester tiga dan lima Kursus Diploma Kejuruteraan Awam dan Akauntansi telah dilibatkan dalam kajian ini. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik dan dianalisa dengan komputer peribadi berperisian' The Statistical Package For Social Sciences' (SPSS). Persepsi pelajar terhadap keperluan kemahiran peketjaan adaIah tinggi. Dua puluh enam daripada empat puluh tiga pemyataan kemahiran pekerjaan mendapat min melebihi 4.0, manakala yang selebihnya mendapat antara 3.0 hingga 3.9. Kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan dalam Bahasa Melayu mendapat pangkatan teratas, manakala kemahiran membuat keputusan tanpa pertolongan mendapat pangkatan yang terendah. Kajian ini membuat kesimpulan pelajar-pelajar menyedari tentang keperluan kemahiran pekerjaan sebagai artibut tambahan untuk memasuki alam pekerjaan. Kesedaran ini diperolehi terutamanya melalui akhbar-akhbar dan rakan-rakan. Oleh itu, dicadangkan supaya pihak pentadbiran politeknik lebih proaktif dalam menjalankan peranan menyalurkan maklumat terkini kepada pelajar mengenai keperluan kemahiran pekerjaan pada masa hadapan.

Item Type:Project Paper Report
Subject:Technical institutes - Students.
Subject:Training needs.
Subject:Perception.
Chairman Supervisor:Mohd Ibrahim bin Nazri, Ph. D.
Call Number:FPP 1996 4
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:8927
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:24 Dec 2010 04:09
Last Modified:05 Jun 2012 02:46

Repository Staff Only: Edit item detail