Persepsi Guru Pelatih Terhadap Kursus Kemahiran Hidup Perguruan Sekolah Menengah di Maktab-Maktab Perguruan Malaysia

Raja Omar, Tengku Adli (1996) Persepsi Guru Pelatih Terhadap Kursus Kemahiran Hidup Perguruan Sekolah Menengah di Maktab-Maktab Perguruan Malaysia. Masters project report, Universiti Pertanian Malaysia.

[img] PDF
3513Kb

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru pelatih. terhadap aspek kursus Kemahiran Hidup iaitu kepentingan bidang kursus, strategi pengajaran pembelajaran, kepentingan bentuk-bentuk penilaian, tahap persetujuan bentuk-bentuk penilaian, kualiti pensyarah dan isu-isu yang timbul semasa perlaksanaan kursus Kemahiran Hidup perguruan sekolah menengah di maktab-maktab perguruan. Populasi kajian adalah semua guru pelatih. semester empat di lima buah maktab perguruan yang menawarkan kursus tersebut. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptit: Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan guru pelatih menyatakan bidang kursus yang mereka ikuti adalah penting. Mereka juga melaporkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang kerap dijalankan oleh pensyarah adalah amali dan tunjuk cam. Walau bagaimanapun, mereka merasakan aktiviti yang dijalankan bagi setiap bidang kursus masih be1um mencukupi. Aktiviti dalam bidang pedagogi juga tidak menjelaskan kefabaman guru pelatih. Dari segi bentuk-bentuk penilaian, keseluruhan guru pelatih merasakan ianya penting tetapi mereka melaporkan penilaian yang dibuat oleh pensyarah tidak sistematik dan secara keseluruhannya mereka tidak berpuas hati dengan penilaian yang dibuat Pensyarah didapati dapat mewujudkan hubungan yang rapat dengan guru pe1atih dan memiliki kemahiran dalam bidang yang diajar tetapi pengajaran mereka tidak menarik. Manakala isu utama yang ditimbulkan oleh guru pelatih ada1ah banyak bidang yang perlu mereka pelajari sedangkan masa tidak mencukupi.

Item Type:Project Paper Report
Subject:Teachers - Training of - Life skills - Case studies
Chairman Supervisor:Mohd Ibrahim Nazri, PhD
Call Number:FPP 1996 2
Faculty or Institute:Faculty of Educational Studies
ID Code:8923
Deposited By: Nurul Hayatie Hashim
Deposited On:24 Dec 2010 03:59
Last Modified:25 Jul 2011 07:25

Repository Staff Only: Edit item detail


Universiti Putra Malaysia Institutional Repository

Universiti Putra Malaysia Institutional Repository is an on-line digital archive that serves as a central collection and storage of scientific information and research at the Universiti Putra Malaysia.

Currently, the collections deposited in the IR consists of Master and PhD theses, Master and PhD Project Report, Journal Articles, Journal Bulletins, Conference Papers, UPM News, Newspaper Cuttings, Patents and Inaugural Lectures.

As the policy of the university does not permit users to view thesis in full text, access is only given to the first 24 pages only.