Mohd Ali, Zul Badrisham (1995) Faktor Psikososial yang Mempengaruhi Penglibatan di dalam Aktiviti Fizikal Pelajar Sekolah Menengah di Kuantan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
|
PDF
1776Kb |
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan pengaruh psikososial khususnya sikap, kepercayaan normatif serta niat untuk melakukan aktiviti fizikal pelajar sekolah menengah. Sejumlah 372 orang pelajar (191 lelaki dan 181 perempuan) Tingkatan Satu, Dua dan Empat daripada sembiIan buah sekolah di Kuantan, telah dipilih untuk kajian ini. Teori Tindakan Bersebab Fishbein (TTB) menjadi asas kerangka kajian ini, bagi meramal niat daripada sikap dan norma subjektif. Selain daripada komponen dan sub-komponen yang terdapat pada model asal TTB, beberapa komponen luaran telah dimasukkan ke dalam kajian ini. Data te1ah diperolehi melalui soal selidik serta dianalisis dan seterusnya kaitan di antara komponen, subkomponen dan komponen luaran TTB telah dikaji. Dapatan kajian menyokong TTB, di mana niat untuk melakukan aktiviti fizikal bukan sahaja merupakan fungsi sikap tetapi juga norma subjektif terhadap aktiviti fizikal. Analisis regresi berganda menunjukkan lebih 35 peratus (R²=.3519) daripada varian niat telah dapat diterangkan dengan sikap sebagai peramal yang lebih kuat (P=0.5,p <0.05) berbanding norma subjektif. Walau bagaimanapun TTB tidak disokong sepenuhnya oleh kerana keupayaan untuk meramal niat melalui komponen luaran telah menambah sumbangan terhadap varian niat dengan signifikan, iaitu sebanyak hampir 9 peratus (R²=.4460), melalui pengalaman aktiviti fizikal yang lepas serta persepsi penglibatan aktiviti fizikal bapa.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Subject: | High school students - Kuantan - Excercise - Physiological aspects - Case studies |
| Chairman Supervisor: | Abdul Aziz bin Zakaria, M. S. |
| Call Number: | FPP 1995 1 |
| Faculty or Institute: | Faculty of Educational Studies |
| ID Code: | 8909 |
| Deposited By: | Nurul Hayatie Hashim |
| Deposited On: | 23 Dec 2010 09:42 |
| Last Modified: | 23 Dec 2010 09:45 |
Repository Staff Only: item control page
Document Download Statistics
This item has been downloaded for since 23 Dec 2010 09:42.